SEPINTAS LALU SEJARAH KAMPUNG SURAU

 

SEPINTAS LALU KAMPUNG SURAU

 Kampong Pasir Pekan yang asal terletak di satu Kawasan berpasir di tebing sungai Kelantan berhampran pelabuhan Palekbang. Pasir merujuk satu Kawasan berpasir dan Pekan merujuk kepada bandar atau tempat orang berjual beli.Pada hari Kampung Pasir Pekan yang asal adalah Kampung Pasir Pekan Hilir,Paloh hari ini

(cerita lisan penduduk Kg Pasir Pekan Hilir, Paloh)

 Orang yang bertanggungjawab menamakan Kampung Surau sebagai Kampung Pasir Pekan ialah Che Mis, Penghulu Kampung Pasir Pekan asal. Semasa beliau menjawat jawatan penghulu, Kampung Surau adalah dibawah pentadbiran beliau. Tindak tanduk anak-anak lelaki Wan Nuh amat mengecewakan beliau sebagai penghulu sehingga beliau membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Negeri

`(surat C surat lama di dalam simpanan Arkib Negara Malaysia)

 

Dikhabarkan nama mukim Pekan adalah buah fikiran Wan Ali, dikhabarkan juga Wan Ali bebas memilih memiliki tanah-tanah yang terdapat di mukim Pekan sebanyak mana yang beliau kehendaki, setelah puas beliau memilih barulah orang lain datang memilih

(cerita lisan penduduk Kampung Pasir Pekan Hilir, Paloh)

 

Dan dikhabarkan juga Sultan Kelantan telah mengalami kebangkrapan akibat negeri Kelantan dilanda ribut taufan letusan Gunung Berapi Karakatoa, Pulau Jawa. Untuk membiayai kehidupan seharian Sultan Kelantan terpaksa berhutang sejumlah wang dengan Wan Ali. Tidak jelas apakah balas Sultan Kelantan untuk melunaskan hutang baginda dengan Wan Ali selain Wan Ali kecualikan dikenakan cukai

(cerita lisan Tengku Munirstussaniah binti Tengku Zainal AbidinTengku Sri Akar)

 

Penduduk Kampung Surau, Pekan berterusan menggunakan alamat Kampong Surau, Pekan sehinggalah pada tahun 1950an apabila penggunaaan nama Pekan dilarang oleh Pegawai Pegawai Daerah Ordinan Penyelesaian Tanah Kelantan 1955, dan menggantikannya dengan nama Pasir Pekan. Walaubagaimana pun nama Kampung Surau masih digunakan sehingga ke hari ini.

Sesungguhnya penghapusan nama Kampung Surau, Pekan dan diganti dengan nama Kampung Pasir Pekan telah meluput nama Wan Ali dalam rekod-rekod kerajaan dan catatan sejarah negeri Kelantan.

Walau usaha keji ini dimulai dan diteruskan oleh Che Miss dan keturunannya, malangnya usaha keji ini juga di terskan oleh adik Wan Ali sendiri iaitu Wan Abdul Samad.

Usaha Wan Abdul Samad bermula dengan usaha merebut pangkat Dato yang dimiliki oleh Wan Ali yang berakhir dengan kegagalan apabila pihak istana Kelantan lebih berminat dengan Wan Sulaiman anak saudaranya.(cerita lisan Wan Meriam binti Wan Sulaiman, cucu saudara Wan Abdul Samad)

Diikuti dengan dakwaan bahawa rumah wakaf Wan Ali adalah kepunyaannya dengan mereka cerita rumah itu adalah pemberian Wan Abdul Samad kepada isterinya yang tercinta.(cerita lisan Wan Yusoff bin Wan Abdul Samad, anak Wan Abdul Samad)