Syukur ke hadrat Ilahi
kita masih di beri rezeki nikmat umur untuk terus hidup mencari rezeki dan
beribadat menambah pahala
Saya telah mengikuti
perkembangan blog ini ketika ianya mula di bangunkan oleh saudara wan hazim
bersama wan nasharudeen dan kini di kemas kini oleh saudara haji Wan Azam ,
bagi saya blog ini adalah platform terbaik dan paling berkesan untuk ahli
keluarga keturunan Wan Nuh untuk bertemu, berkomunikasi di alam maya , mendapatkan
maklumat dan mengkaji tentang sejarah dan latarbelakang
keluarga tanpa di batasi oleh jarak dan waktu .
Apa yang saya
perhatikan Blog ini tertumpu kepada sejarah dan salasilah keluarga yang mana
amat berguna sebagai rujukkan dan
membantu jenerasi sekarang untuk mengetahui latar belakang dan asal usul
keluarga . Untuk menjadikan blog ini lebih menarik dan terkini, saya
menggalakkan ahli keluarga terutamanya jenerasi Y menghantar berita , gambar ,
cerita atau apa saja bahan tulisan untuk di kongsi bersama supaya kita lebih
mengenali dan memahami antara sama lain
Saya ingin
memohon sokongan dan bantuan dari ahli
keluarga yang ada kepakaran dalam bidang media sosial , pembinaan blog , web
site untuk memberikan pandangan , cadangan dan idea penambah baikkan untuk
menjadikan blog keluarga ini lebih menarik, berkesan, berfaedah ,relevant
dan contemporary terutamanya keapada
generasi Y d kalangan keluarga kita .
Anda boleh menghantar
sumbangan anda kepada saya mrradenhatta@yahoo.com .my ataupun kepada admin hj wan
Azam untuk kaji dan tindakkan seterusnya. Selain dari bertemu d alam maya ,
saya ahli keluarga menyokong semua aktiviti secara fizilkal untuk merapatkan
silaturahim sesama kita, pastikan anda
kerah semua ahli keluarga untuk hadir di perjumaan Hari Raya keluarga besar
kita nanti.
Slogan tahun ini “
Ruang untuk pahala silaturahim dan mengenali ahli waris “
Pengerusi Tabung Amanah Keturunan Wan Nuh,
Pasir Pekan, Kota Bharu, Kelantan.
Dikemaskini pada 30 Mei 2018
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~