BUDIMU DIKENANG

 


TUAN GURU HAJI WAN ADAM BIN WAN ABDULLAH

 Oleh: Samhani Ismail

 

Artikel ini merupakan hasil penyelidikan dan penulisan si menantu, Allahyarham Hj Ismail bin Awang dan dinukilkan semula oleh cucunda, Dr. Samhani binti Ismail bin Awang.

 Bismillahirrahmanirrahim

 Dilahirkan pada tahun 1909 oleh bonda, Wan Setajar binti Wan Abu Bakar di Kampung Surau, Pasir Pekan, ulama yang berjasa ini mengembangkan ajaran Islam melalui arena pendidikan bersistematik. Al-Fadhil Tuan Guru Haji Wan Adam bin Wan Abdullah, atau lebih dikenali di kalangan anak-cucunya sebagai Gemulah Baba merupakan seorang yang gigih berusaha menyedarkan rakyat tentang agama, kemerdekaan dan pembangunan ekonomi. Beliau bukan sahaja merupakan seorang yang cintakan ilmu, malah beliau sanggup mengorbankan tenaga serta harta bendanya untuk membangunkan minda di kalangan masyarakat di waktu itu.

 

Ibunda beliau yang lebih dikenali sebagai Siti Hajar merupakan anak kepada Wan Abu Bakar, iaitu Imam Pasir Pekan yang pertama. Manakala ayahandanya, Wan Abdullah bin Wan Nuh merupakan seorang pedagang dan juga pentadbir ladang yang mengerjakan ladang di Kuala Nal. Diceritakan bahawa Wan Abdullah merupakan seorang yang amat rajin bekerja hinggakan tapak tangannya tidak dapat dibuka kerana sebahagian salur darah dijarinya menjadi beku akibat terlalu lama memegang batang cangkul. Maka daripada sini berkembanglah sebuah susur galur daripada ibundanya Wan Setajar yang lebih akrab dan cinta kepada ilmu dan agama. Walaupun ayahanda beliau merupakan seorang pentadbir ladang yang, beliau lebih akrab dengan buku dan kitab.

 

Pendidikan

Beliau beruntung kerana lahir daripada sebuah keluarga yang sudah memiliki asas agama di mana datuknya daripada belah ibu merupakan Imam Pertama di Pasir Pekan. Beliau juga telah mengkhatamkan al-Quran dengan bergurukan Haji Wan Ahmad bin Wan Abdul Rahman, seorang Guru al-Quran di Kampung Surau tersebut.

 

Beliau turut berguru dengan Tuan Guru Haji Abbas di Kota Kubang Labu untuk belajar ilmu nahu Bahasa Arab, dan kemudiannya menekuni ilmu agama di Masjid Muhammadi, iaitu sebuah masjid yang terkenal di Kota Bharu. Pada masa itu, masih belum ada jalan raya besar berturap tar, bulatan yang tersibuk di Kelantan. Dengan hanya berbekalkan semangat, Tuan Guru Haji Wan Adam berulang-alik mendayung perahu kecil bagi menyeberangi Sungai Kelantan. Hingga pernah perahu beliau terbalik dan beliau basah kuyup bersama kitab-kitab, namun itu tidak pernah mematahkan semangat untuk terus berjuang sehingga beberapa tahun lamanya.

 

Tidak pernah patah kemudi, di Masjid Muhammadi ini beliau berguru dengan Haji Yaakub Haji Ahmad Lorong Gajah Mati, Haji Ismail Haji Sulong, Haji Ismail Palekbang dan Haji Ahmad Kedah. Sebelum itu, beliau juga pernah berguru dengan Tuan Guru Che Mat bin Haji Taib, Hujung Pasir, Pasir Pekan. Guru ini meninggal dunia pada usia yang sangat lanjut, di tarikh kematian 12 Rabiul Awwal 1344H.

Setelah belajar di Masjid Muhammadi, beliau bersama seorang sahabatnya Haji Nik Muhammad bin Haji Wan Abdul Rahman kemudiannya pergi menuntut di Kemuning, Machang dengan bergurukan Tok Kemuning selama hampir setahun. Setelah itu, beliau bersama-sama dengan anak Tok Kemuning iaitu Haji Ahmad beserta tiga orang lagi sahabat beliau melanjutkan pelajaran di Mesir, di atas dorongan Tok Kemuning yang telah bermukim lama di Makkah dan terpengaruh dengan Makkah dan Mesir. Merka bertolak pada 8 Oktober 1925 (1344H). Kesemua mereka berlima adalah;

 

1.     Tuan Guru Haji Wan Adam bin Wan Abdullah

2.     Haji Ahmad bin Haji Ismail (Anak Tok Kemuning)

3.     Haji Ahmad bin Haji Awang Kemuning (Hj Ahmad Maher)

4.     Haji Mustafa Che Tengah, Limau Hantu (Meninggal di Mesir pada tahun 1346)

5.     Nik Jaafar Haji Nik Wan

 

 

Haji Ahmad Maher yang merupakan bekas mufti Negeri Kelantan merupakan teman sepengajian yang bersama-sama menghadapi guru-guru yang sama seperti Haji Yaakub Lorong Gajah Mati dan lain-lain di Masjid Muhammadi sehingga mereka bersama-sama berpelayaran hingga ke Mesir. Setelah itu, mereka kembali pulang ke tanah air di Kelantan dan masih setia menjadi sahabat karib hingga ke akhir hayat beliau.

 

Setelah belajar di Mesir, Tuan Guru Haji Wan Adam menyambung pula pengajian di Makkah al-Mukarramah. Di sana, beliau mendapat sahabat-sahabat baru yang datang daripada Kelantan iaitu Haji Nik Abdul Rahman Abdullah, Haji Nik Abdul Rahman Nik Kub dan sebagainya.

 

Di Makkah, beliau dan Sheikh Hasan Nor Pattani berjaya mengarang sebuah buku yang menjadi panduan ramai dalam mengerjakan haji, yang dikenali sebagai ‘Zad al-Hajj’. Buku ini dicetak di Matba’ah Syarqiah, Jeddah pada tahun 1357H atau 1938M. Selain memberi panduan untuk orang ramai mengerjakan haji, beliau turut aktif mengeluarkan nasihat-nasihat kesihatan dan keselamatan supaya para tetamu Baitullah sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan baik. Di samping itu, beliau turut mengarang risalah-risalah khusus untuk mengajar dan khutbah-khutbah Jumaat.

 

Di Makkah al-Mukarramah beliau belajar di Madrasah al-Falahiah. Beliau telah mendapat ‘Syahadah al-Najah al-Aliah lil-Talamizat al-Madaris al-Falahiah’ iaitu di pangkat pertama (Martabah al-Ulya). Di dalam sijil tersebut mempamerkan kecenderungan beliau di dalam bidang ilmu tafsir al-Quran, hadith, tauhid dan akhlak.

 

Keseluruhan perjalanan keilmuan itu kemudiannya disalin ke dalam penampilan dan akhlak yang mulia selari dengan al-Quran dan al-Sunnah. Antaranya, beliau tidak suka bercakap banyak, ketawa tidak berdekah-dekah, sekadar senyum sahaja. Apabila mendapat perkataan yang menggelikan hatinya, beliau menahan ketawa dengan menekan-nekan perutnya.

 

 

Perkahwinan

Beliau melangsungkan perkahwinan di Makkah dengan Hajjah Nik Rogayah binti Haji Nik Mat yang ada hubungan darah dengan Tok Wan Ali Kutan. Sebahagian ahli keluarganya terdapat di Pattani dan juga Pulau Pinang lantaran ibunya berasal dari Pulau Pinang. Perkahwinan yang berlangsung pada 1938 ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata yang kesemuanya adalah perempuan. Mereka adalah Wan Faridah, Wan Saadiah, Wan Asiah, Wan Fatimah, Wan Hafsah, Wan Mariam dan Wan Zainab. Manakala isteri kedua beliau iaitu Hajjah Wan Zubaidah turut melahirkan empat orang cahayamata iaitu Muhammad Najib, Aminah, Muhammad Farid dan Rafeah.

 

Membuka sekolah

 

Setelah mendapat anak pertama, beliau kembali ke Tanah Melayu, di kampung tumpah darahnya di Kampung Surau, Pasir Pekan. Beberapa bulan kemudian, beliau dilantik untuk mengajar di surau itu. Pengajaran berlaku menggunakan sistem sekolah, bukannya sistem pondok dan ini menarik hati ramai ahli masyarakat untuk menyertai kelas-kelas pengajian yang beliau anjurkan. Hinggakan tidak berapa lama kemudian, bilangan murid bertambah ramai lalu beliau menjemput sahabat lamanya, Haji Wan Muhammad Saghir Wan Kono’ untuk memberikan perkhidmatan mengajar di surau ini. Mereka mengajar tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

 

Sekitar tahun 1940M, beliau berhijrah ke Kampung Kota Kubang Labu, Pasir Pekan. Di sini, beliau mendirikan sekolah yang diberi nama al-Madrasah al-Falahiah, sempena mengambil nama sekolah tempat beliau belajar semasa di Makkah al-Mukarramah. Beliau membina sekolah ini dengan bantuan saudara-saudaranya iaitu Haji Wan Sulaiman dan Haji Wan Taib. Sekolah ini dibina dua tingkat di mana tingkat atas dijadikan balaisah dan tingkat bawah dijadikan tempat belajar. Tidak lama kemudian murid-murid semakin bertambah ramai hingga beliau menambah seorang guru lagi iaitu Haji Nik Muhammad Wan Abdul Rahman.

 

Mereka semua bertungkus-lumus di dalam usaha untuk mengembangkan sekolah ini. Selain mengajar, mereka turut mencari sumber kewangan untuk melancarkan perjalanan persekolahan tersebut. Dengan usaha yang gigih, bangunan sekolah dapat dibina dengan baik. Pondok-pondok turut tumbuh di sekeliling sekolah yang didirikan oleh para pelajar yang datang daripada pelbagai negeri seperti Pahang, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor dan sebagainya. Usaha Tuan Guru Haji Wan Adam menghidupkan pengajian agama melalui sistem persekolahan ini begitu berjaya.

 

Sekolah ini bermula daripada kelas 0 (Kelas Not). Setelah setahun dan lulus peperiksaan, pelajar boleh diangkat ke Darjah Satu, seterusnya Darjah Dua dan Darjah Tiga. Bahasa perantaraan adalah Bahasa Arab untuk semua mata pelajaran termasuklah Geografi dan Matematik. Perjalanan persekolahan begitu baik sehingga diangkat menjadi sekolah Majlis Ugama Islam Kelantan. Sekolah ini kemudiannya berkembang dan berubah wajah. Tanah tapak seluas dua ekar lebih, diwakafkan oleh beliau di atas nama Haji Wan Adam, sehingga dapat digunakan sepenuhnya untuk bangunan sekolah. Beliau turut mengukuhkan pengetahuan agama dengan mengadakan syarahan di tapak sekolah ini. Antara yang pernah memberikan syarahan adalah Haji Ahmad Maher, Haji Nik Abdul Rahman Abdullah, Haji Nik Muhammad Adeeb dan Haji Fadhullah Suhaimi.

 

Tuan Guru Haji Wan Adam sendiri sentiasa berusaha memajukan kawasan ini dan mengukuhkan pengetahuan agama di minda masyarakat. Beliau selalu berpidato, mengajar siang dan malam, mengadakan beberapa balaisah, dan menyelitkan semangat di dalam khutbahnya supaya anak-anak diberi latihan dan pelajaran agama. Di bidang politik, beliau merupakan orang pertama yang menubuhkan cawangan UMNO di Pasir Pekan dan menjadi pengerusinya pada penghujung tahun 1940an. Beliau memainkan peranan aktif di dalam mengembangkan UMNO dan menerapkan nilai-nilai patriotisma serta semangat kemerdekaan. Beliau sendiri berceramah, berkempen dan memberi penerangan mengenai politik dan kemerdekaan di masjid-masjid. Di dalam bidang ekonomi, beliau telah berjaya menubuhkan syarikat kilang padi.  

 

Meninggal Dunia

 

Tuan Guru Haji Wan Adam dijemput Sang Pencipta pada tanggal 12 April 1957 sewaktu masih di dalam semangat berjuang untuk menegakkan agama Islam, mengembangkan sekolah, balaisah-balaisah serta memajukan minda masyarakat tentang agama, politik dan ekonomi. Beliau meninggalkan bukan sahaja harta bernilai yang tidak seberapa lantaran beliau lebih memusatkan perhatian kepada sekolah dan agama, namun ilmu dan persekolahan serta minda kemerdekaan yang dipasak kukuh pada masyarakat berjaya membangkitkan semangat untuk mencapai kemerdekaan pada tahun kematian beliau, iaitu tahun 1957.  

 

Sama-samalah kita mambacakan surah al-Fatihah buat kedua-dua mereka, Tuan Guru Haji Wan Adam dan penulis asal, Ayahanda Haji Ismail Awang. Jika dianalisa secara ringkas mengenai tahun kematian, sebagai pejuang kemerdekaan, Tuan Guru Haji Wan Adam meninggal dunia pada tahun Malaysia mencapai kemerdekaan iaitu tahun 1957. Manakala Allahyarham Haji Ismail bin Awang merupakan pejuang Parti Islam Semalaysia (PAS) pula meninggal dunia setahun lebih awal berbanding tahun PAS mencapai kemenangan besar dan berjaya mengambil alih teraju kepimpinan politik Negeri Kelantan, iaitu pada tahun 1989. Kedua-dua tokoh ini meninggal dunia pada umur yang muda, iaitu 48 dan 49 tahun, masing-masing. Pastinya, kematian itu adalah sesuatu yang sentiasa menjadi rahsia Ilahi. Wallahu a’lam.

 

 

Rujukan utama:

 

Ismail bin Awang (1988). 27. Tok Guru Haji Wan Adam (1909-1957), di dalam Ismail Che Daud, Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (1), Kota Bharu, Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, h371-382.


HAJI WAN IDRIS BIN HAJI WAN TAIB
(1930/1348H – 12 Mac 2003/9 Muharram, 1424H) 
1

Oleh: Wan Mohd Nasruddin Wan Abdullah

Seorang tokoh yang disegani dan pejuang masyarakat. Terkenal sebagai seorang yang amanah dan jujur dalam urusannya dengan masyarakat. Beliau juga gigih dalam menuntut ilmu dan berusaha mengembangkan pendidikan anak bangsa melalui sekolah. Melalui politik beliau berusaha dan bergiat menyedarkan rakyat untuk kemerdekaan dan pembangunan masyarakat kampung.

 


Foto: Wan Idris (tengah) dan adiknya,Wan Muhamad Tahir (kanan, bersongkok). Gambar dirakam tahun 1950an


Dalam memenuhi misi perjuangannya, beliau bukan sahaja mengorbankan tenaga tetapi juga harta bendanya. Inilah tokoh unik dalam keluarga keturunan Wan Nuh yang bernama Wan Idris b. Wan Taib b. Wan Abdullah b. Wan Nuh.


Kelahirannya


Haji Wan Idris bin Haji Wan Taib dilahirkan pada tahun 1930M /1348H di Kampung Bharu, Pasir Pekan, Kelantan oleh ibunya, Wan Mariam binti Wan Abu Bakar bin Wan Uthman. Moyang ibunya berasal dari Pattani yang dikenali sebagai Tok Chir. Ibu dan bapanya adalah sepupu kerana nenek sebelah ibunya iaitu Wan Halimah bt. Wan Nuh adalah adik kepada datuk sebelah bapanya iaitu Wan Abdullah Wan Nuh. Bapanya Wan Taib bin Wan Abdullah mewarisi perniagaan keluarga melalui ayahnya, Wan Abdullah bin Wan Nuh yang merupakan seorang peniaga dan pedagang. Keluarganya juga pemilik ladang (estet) getah di 
Kuala Nal.


Foto: Wan Taib bin Wan Abdullah (Bapa Wan Idris)


Pendidikannya

Haji Wan Idris mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan dan kemudian menyambung pengajian ke sekolah yang diasaskan oleh bapa saudaranya, 
Haji Wan Adam iaitu Sekolah Agama Falahiah. Selepas itu sekitar tahun 1941-42 ketika berumur 13 tahun beliau merantau ke Singapura untuk berguru dengan Kiyai Sheikh Fadhullah

 Suhaimi anak Kiyai


Agung Sheikh Muhammad bin Abdullah Suhaimi, di Madrasah al-Ma’rif al-Islamiyah di Ipoh Road, Singapore.

Sheikh Fadhullah Suhaimi yang mengajar ilmu tafsir dan fiqh di madrasah itu adalah antara tokoh yang mengasaskan PAS pada tahun 1951 dan turut berjuang menentang British. Haji Wan Idris tinggal di asrama madrasah tersebut dan akhirnya menjadi begitu rapat dengan anak-anak Pak Kiyai gurunya itu termasuklah dengan Ustaz Taha Suhaimi.

Ustaz Taha adalah pengasaskan PAS Singapura. Haji Wan Idris berada di Singapura ketika meletusnya Perang Jepun. Ketika di Singapura itu jugalah beliau berkesempatan menziarahi pusara moyangnya Wan Nuh.

Ustaz Taha Suhaimi, kenalan rapat Allahyarham Haji Wan Idris



Sekembalinya dari pengajian di Singapura, beliau meneruskan pengajian di Maahad Muhammadi Kota Bharu sehingga tamat kelas 7, dan sementara meneruskan pengajian beliau belajar seketika di sebuah sekolah swasta yang masyhur di Kelantan iaitu Sekolah Inggeris Islah (IES), Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Di sekolah inilah beliau berkesempatan belajar dengan (Tan Sri) Syed Jaafar Albar yang kemudiannya bergelar 'Singa UMNO' itu. Syed Jaafar adalah pengasas Sekolah Inggeris Islah dan beliau ketika itu adalah Guru Besar sekolah tersebut. Anaknya, Syed Hamid Albar adalah antara murid sekolah ini. 2

 Setelah itu dalam usahanya untuk menyambung pengajian, Haji Wan Idris telah merantau ke sebelah barat semenanjung bermula dari Johor beliau turun ke Melaka sehingga ke Perak dan didapati banyak sekolah agama ketika itu masih tergendala dan ditutup walaupun perang Jepun sudah tamat. Sehinggalah beliau sampai ke Kedah, beliau mendapati ada sebuah sekolah di Alor Setar yang sangat masyhur di negeri itu iaitu Maktab Mahmud3 yang terus beroperasi walaupun ketika Perang Jepun4. Beliau cuba memohon untuk memasuki Maktab tersebut. Malangnya permohonan beliau itu ditolak atas alasan pihak maktab tidak menerima pelajar dari luar Kedah. Namun, pihak sekolah memberikan cadangan sekiranya beliau tetap ingin memasuki maktab tersebut, beliau boleh cuba memohon secara bersurat terus kepada Sultan Kedah sendiri kerana kuasa tertinggi terletak di tangan sultan.

Kerana tekad yang kuat untuk memasuki Maktab Mahmud, beliau telah mengutuskan surat kepada baginda sultan. Suratnya mendapat perhatian khusus pihak istana yang akhirnya bukan sahaja baginda memperkenankan permohonan beliau itu malah syarat kemasukan telah dipinda bagi membolehkan pelajar luar Kedah untuk turut memohon. Secara tak langsung Haji Wan Idris telah berjasa kepada pelajar-pelajar lain dari luar Kedah untuk mendapat peluang pendidikan di Maktab Mahmud yang terkenal itu. Haji Wan Idris menjadi pelajar Maktab Mahmud sehingga tamat pengajian.

Selesai sahaja pengajiannya di Maktab Mahmud, beliau berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir. Beliau amat terdorong untuk ke Mesir apabila sahabatnya Hassan Salleh (kemudiannya bergelar Dr. dan berkhidmat sebagai pensyarah di UKM) menyambung pengajian ke sana. Namun begitu, keinginannya itu dihalang oleh bapanya yang mendapat nasihat daripada bapa saudaranya Haji Wan Adam yang bimbang akan pengaruh pemikiran dan budaya yang tidak sihat di sana. Persepsi negatif terhadap pengajian di Mesir mungkin wujud kerana ketika itu tidak ramai anak melayu Kelantan yang melanjutkan pelajaran ke Mesir berbanding Mekah. Halangan ini tidak memadamkan keazamannya untuk menimba ilmu. Dari Kelantan, beliau berpakat pula dengan sepupunya Wan Musa Wan Sulaiman untuk melanjutkan pengajian ke Indonesia tanpa pengetahuan orang tuanya. Namun sekali lagi niat beliau telah tersekat apabila beliau ditahan ketika hendak belayar ke Indonesia. Mengetahui anaknya hendak berlepas ke Indonesia dari Pulau Pinang, orang tuanya segera menghantar telegram kepada Yamahad @ Wan Muhammad Wan Abu Bakar (saudara dua pupu kepada Haji Wan Idris) yang ketika itu menetap dan membuka kedai jahit di Bukit Mertajam. Wan Muhamad diminta supaya menahan dan memujuk dua anak muda itu untuk pulang. Mereka menghormati kehendak keluarga dan terus dibawa pulang ke Kelantan. Kali ini alasan keluarganya menghalang pemergiannya ke Indonesia pula adalah supaya beliau mewarisi dam mengusahakan perniagaan keluarga.

Beliau sangat sedih dan patah hati kerana niatnya untuk sambung belajar terhalang. Untuk seketika beliau memerap di rumah dan tidak ingin bekerja. Namun, walaupun hatinya lebih cenderung kepada dunia pengajian, akhirnya beliau tunduk dan akur kepada kemahuan keluarganya supaya berpakat dengan saudara-maranya yang lain untuk mengusahakan perniagaan di Gudang Share (Pakatan) 
5. Dikatakan beliau diberikan modal permulaan sebanyak 10,000 ringgit oleh orang tuanya dengan harapan beliau akan mewarisi perniagaan keluarga.


Berkahwin

Setelah terlibat dengan perniagaan beliau telah dicarikan pasangan hidup oleh keluarganya. Beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan cucu Haji Yusuff penggawa di Kampung Kubang Batang, Tumpat iaitu Che Habsah Haji Hassan.
6 Bapanya, Haji Hassan Ahmad adalah seorang tokoh politik PAS yang menjadi wakil rakyat PAS yang menang pilihanraya 1959. Mereka berkahwin pada tahun 1950 ketika Haji Wan Idris berumur 20 tahun manakala Hajjah Che Habsah ketika itu baru berumur 12 tahun.


Mengasas Sekolah

Sekolah Agama Asriyyah
Pada mulanya Haji Wan Idris membuka sekolah mengajar agama di rumah nenek saudara sebelah isterinya, Hajjah Zainab di Wakaf Baru. Kemudian sekolah itu berpindah ke bangunan Kelab UMNO Wakaf Baru. Beliau menggajikan sendiri tenaga pengajarnya. Setelah itu beliau berpakat dengan rakan-rakannya untuk projek menternak ayam lalu dibina bangsal ayam dengan bantuan kerajaan atas tanah Encik Ibrahim Tukang Rumah di Wakaf Bharu. Namun projek tersebut tidak berapa berjaya. Lalu dari bangsal ayam itulah akhirnya ditubuhkan sekolah agama rakyat sesi petang yang diberi nama Sekolah Asriyyah dan tanah itu diwakafkan oleh Encik Ibrahim sebagai tanah untuk pendidikan. Haji Wan Idris menjadi pengerusi sekolah tersebut.

Setelah beroperasi tidak berapa lama kemudian, Haji Wan Idris memohon peruntukan daripada kerajaan persekutuan untuk dinaiktarafkan kepada binaan bangunan batu. Guru-gurunya kebanyakan dipinjam dari Sekolah Naim dan ia terbuka kepada semua peringkat masyarakat dengan yuran sebanyak 3 ringgit sebulan.

Institut (Akademik) Zuhal



Apabila sekolah-sekolah agama rakyat kian merosot sambutannya daripada masyarakat dalam tahun akhir 60an dan awal 70an, Pada tahun 1976, Sekolah Asriyyah diubah kepada sekolah swasta yang terbuka kepada pengajian biasa. Sekolah ini dikenali sebagai Institut Zuhal yang beralamat di Jalan Lama, Wakaf Bharu. Menurut rencana Utusan Malaysia, 25 Mei 2008, Institut Zuhal adalah antara institusi pendidikan swasta yang terkenal di Kelantan sebaris dengan Institut Pendidikan (IP) Kota Bharu, Maktab Kadir Adabi, Institut Padang Merdeka Kota Bharu dan Institut Za'ba Pasir Mas. Peranan dan sumbangan institusi seperti Institut Zuhal ialah :

Ia memberi harapan kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran selepas memperoleh keputusan mengecewakan di peringkat Sijil Rendah Pelajaran (SRP) yang kini dikenali sebagai Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Ramai daripada lepasannya yang berjaya ke universiti kini memegang pelbagai jawatan penting dan berbangga dengan sekolah di mana mereka bangkit dari segi pencapaian setelah belajar dan mengulang semula peperiksaan.” (Utusan, 25/5/08)
7

Ketika mula-mula dibuka, ia bermodalkan sumbangan Haji Idris dan sabahat-sahabat seperjuangannya termasuk Cikgu Ibrahim Salleh 

Cikgu Ibrahim

 yang kemudiannya menjadi Guru Besar atau Pengetua Institut itu manakala Haji Idris sendiri sebagai Pendaftarnya.


Ketika itu, mereka menggaji seramai 28 orang guru dan mempunyai seramai lebih 300 orang pelajar. Kemuncak jumlah pengambilan pelajar ialah sekitar tahun 79-80 apabila sekolah itu mempunyai seramai lebih 600 orang pelajar. Bilangan pelajar semakin merosot selepas 1987 (400 orang) apabila Kerajaan mula memperkenalkan sistem peperiksaan terbuka.
8

Keluhuran jiwa Haji Wan Idris dalam urusannya dengan sekolah yang diasaskan dengan keringat dan kewangannya terpancar apabila beliau merasakan bahawa beliau masih berhutang dengan pihak sekolah. Setelah melihat kejayaan institusi yang diasaskannya itu boleh berdikari, beliau bersungguh-sungguh ingin melunaskan ‘hutang’nya itu yang dikatakan berjumlah beribu-ribu ringgit sedangkan mengikut pengetua Institut Zuhal, Cikgu Ibrahim b. Salleh, Haji Wan Idris tidak mempunyai sebarang hutang dengan sekolah, bahkan selama ini Haji Wan Idris banyak berhabis wang ringgit dan ikhlas berkorban tenaga untuk sekolah itu.

Pernah suatu ketika menjelang hari raya, sekolah menghadapi masaalah kewangan untuk membayar gaji guru. Kerana begitu simpati, beliau segera membayarkan gaji guru-gurunya dengan duit simpanannya sendiri. Beliau juga tidak mengambil gaji walaupun bertugas sebagai pendaftar sekolah itu. Lantaran itu Cikgu Ibrahim merasa begitu segan dan serba salah untuk berjumpa dengan Haji Wan Idris kerana beliau rasakan pihak sekolahlah yang sebaliknya terhutang dengan Hj Wan Idris. Inilah antara keganjilan sikap Haji Wan Idris, sehinggakan ironisnya orang yang dikatakan dihutangnya (pihak sekolah) mengelak untuk berjumpa orang yang berhutang (Haji Wan Idris)!

Pada tahun 2005, Institut Zuhal hanya tinggal kenangan apabila ia diserahkan kepada pentadbiran lain yang menukarkannya kepada Sekolah Rendah Islam An-Nur.


Perjuangan dan Kecenderungan Politik

British
Perjuangan menentang kezaliman sememangnya tertanam dalam jiwa Haji Wan Idris. Ketika Malaya di bawah penjajahan British sekitar tahun 1952, District Officer (D.O.) Che Mohd. Salleh b. Omar
9 , Pegawai Daerah Tumpat telah bercadang untuk mengenakan cukai hasil kepada penduduk Wakaf Bharu sebagai langkah permulaan British, yang kemudiannya akan dilaksanakan di seluruh negara. Marah terhadap cadangan yang tentunya menzalimi rakyat itu, beliau telah menggerakkan bantahan awam (mass protest) untuk menggagalkan rancangan Kerajaan British itu. Selama sebulan siang dan malam beliau meredah segenap pelusuk kampung di sekitar Wakaf Bharu dengan hanya berbasikal untuk memberi kesedaran dan mengajak orang-orang kampung supaya bangkit memprotes cadangan pihak berkuasa itu. Mengetahui bahawa usul akan dibawa ke pihak Majlis Tempatan (Local Council) oleh D.O. Che Mohd. Salleh untuk mendapat kelulusan dan seterusnya dilaksanakan, Haji Idris mengajak rakyat di Wakaf Bharu supaya keluar beramai-ramai pada hari persidangan Local Council untuk mengadakan bantahan awam dan seterusnya member tekanan agar pihak majlis menolak usul tersebut.

Sebaik sahaja mendapat maklumat beliau akan ditangkap oleh pihak berkuasa yang menganggap beliau sebagai dalang yang mempengaruhi orang ramai untuk menggagalkan rancangan British itu, Haji Wan Idris pergi bersembunyi dalam semak di pinggir sungai di kampungnya selama 3 hari iaitu sehingga sampai hari mesyuarat Local Council. Apabila tiba hari yang dinanti-nantikan itu, ternyata usahanya untuk menggerakkan kebangkitan rakyat tempatan berjaya dengan orang-orang kampung keluar beramai-ramai mengadakan protes awam di luar dewan mesyuarat sehingga memberikan tekanan kepada pihak Local Council untuk membatalkan hasrat melaksanakan cukai hasil yang menzalimi rakyat itu.

Peristiwa ini mengingatkan kita kepada penentangan Tok Janggut (Haji Mat Hassan) dan Berahim Teleng terhadap Kerajaan British. D.O. Pasir Putih, Che Abdul Latif mengenakan cukai hasil pertanian terhadap penduduk Pasir Putih. Akhirnya Tok Janggut dan Ibrahim Teleng syahid dibunuh dan disemadikan di Pasir Pekan pada tahun 1915.
10

Cara penentangan Haji Wan Idris dan Tok Janggut mungkin berbeza tetapi matlamat mereka sama iaitu menentang penjajahan British dan talibarutnya yang menindas penduduk pribumi. Menariknya, mereka telah ditakdirkan sama-sama disemadikan di bumi Pasir Pekan.


UMNO
Ketika UMNO ditubuhkan di Wakaf Bharu, Haji Wan Idris masih belum terlibat dengan parti. Beliau hanya bergiat cergas dengan UMNO apabila pengasas UMNO, Dato’ Onn keluar UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada tahun 1951 dan kerana gagal dapat sokongan orang Melayu beliau kemudiannya menubuhkan Parti Negara pada 1954. Haji Wan Idris menentang hasrat Dato’ Onn yang ingin membuka UMNO kepada semua kaum.

Beliau terlibat berkempen dalam pilihanraya 1955 membantu parti Perikatan bagi parlimen Tumpat (ketika itu dikenali sebagai Kelantan Utara) menentang Parti Negara. Ketika itu Perikatan yang diwakili oleh Tungku Indera Petra mengalahkan calon Parti Negara iaitu bekas D.O. Tumpat, Dato’ Nik Hussein bin Nik Zainal.

Melalui UMNO, Haji Wan Idris giat berjuang menuntut kemerdekaan Malaya. Selepas Merdeka, dalam pilihanraya 1959 peringkat negeri, beliau dipilih sebagai calon UMNO di DUN Tumpat Timur, manakala bapa mertuanya, Haji Hassan Ahmad bertanding sebagai calon PAS dalam pilihanraya peringkat Parlimen Tumpat. Takdir tidak menyebelahi beliau apabila pilihanraya 1959 menyaksikan PAS memenangi 28 dari 30 kerusi sehingga menguasai negeri Kelantan. UMNO hanya menang satu kerusi di Kuala Krai dan MCA menang satu kerusi di Kota Bharu. Beliau yang mewakili UMNO/Perikatan kalah di peringkat negeri sebaliknya bapa mertuanya Haji Hassan Haji Ahmad menang sebagai wakil rakyat PAS peringkat Parlimen di Tumpat. Haji Wan Idris kalah dengan calon PAS, Che’ Ishak bin Mustapha dengan majoriti 745 undi.
11

Setelah kalah pilihanraya, beliau telah dilantik oleh Kerajaan Persekutuan sebagai Penyelia KEMAS Tumpat di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB) yang ketika itu di bawah Menteri Pembangunan Luar Bandar dan juga Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.

Dalam parti UMNO beliau pernah memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO Kelantan dan Ketua UMNO Bahagian Tumpat.

Sebagai bekas calon yang kalah dalam pilihanraya sebelumnya beliau tidak lagi dicalonkan oleh UMNO dalam pilihanraya 1964. Namun begitu beliau tetap aktif dalam UMNO.

Ketika memegang jawatan Penyelia KEMAS beliau juga diamanahkan untuk mengagihkan serta menyalurkan peruntukan projek-projek pembangunan di daerah Tumpat. Tentu sekali beliau tidak sunyi daripada fitnah seperti dituduh menyeleweng dan juga mengundang perasaan dengki daripada pihak-pihak yang berkepentingan sehingga Tengku Razaleigh Hamzah sedikit sebanyak terpengaruh. Oleh kerana beliau dikenali sebagai seorang yang amanah dan jujur, beliau terhindar dari jerat fitnah orang. Beliau cukup teliti dalam urusan kewangan dan akan mempastikan setiap sen dikembalikan kepada yang berhak. Rumah beliau di Kampung Baru, Pasir Pekan dijadikan tempat guru-guru penyelia kelas dewasa di bawah beliau untuk datang mengambil gaji yang dibayar secara tunai. Menurut isterinya, Haji Idris seorang yang berkira sehingga 5 sen pun dia tidak mahu terlibat dengan duit orang lain. Beliau akan menolak segala pemberian hadiah orang-orang yang berkepentingan kerana ketika itu ramai bercita-cita untuk jadi guru penyelia. Beliau dikenal sebagai seorang yang sangat tegas sehingga akan memecat guru-guru penyelia yang tidak menjalankan tanggungjawab mengajar. Beliau hanya melantik guru kelas dewasa berdasarkan kelayakan bukan kerana kepentingan tertentu.

Selain itu, beliau amat mengambil berat terhadap kebajikan dan hak masyarakat bawahan. Tengku Razaleigh dikatakan telah membuat janji dalam kempen pilihanraya untuk menaikkan elaun penyelia kelas dewasa. Namun janji itu tidak ditunaikan, malah timbul ura-ura pula mungkin sebaliknya elaun mereka akan diturunkan pula. Sebaik sahaja sampai ke telinga Haji Wan Idris, beliau terus menggerakkan mogok di kalangan semua penyelia sehingga Tengku Razaleigh terpaksa turun padang memujuk para penyelia yang mogok itu untuk kembali bertugas.

Selepas peristiwa ini, Haji Idris tidak lagi bergiat aktif dalam UMNO.


Parti Bebas Bersatu dan Berjasa
Haji Wan Idris kurang senang apabila dua parti besar yang mewakili Islam dan Melayu iaitu PAS dan UMNO bergabung dalam Kerajaan Campuran (1973) dan seterusnya Barisan Nasional (pilihanraya umum 1974) telah mengakibatkan hampir tiada pembangkang Melayu dalam Parlimen. Tunku Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri ketika itu telah mengemukakan idea agar diwujudkan Parti Bebas Bersatu supaya orang-orang Melayu bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya 1974 melawan Barisan Nasional. Mengambil nasihat Tunku itu dan setelah dipujuk oleh Mohd Fakharuddin Haji Abdullah , bekas ahli Palimen PAS Pasir Mas Hilir 1969, Haji Wan Idris bertanding sebagai calon Bebas Bersatu bagi Parlimen Tumpat.
12 Di Kelantan, Parti Bebas Bersatu dipimpin oleh Mohd Fakharuddin Haji Abdullah sendiri. Kesemua calon parti Bebas Bersatu kalah dalam pilihanraya tersebut termasuk Haji Wan Idris. Meski pun beliau bertanding melawan BN, beliau masih tidak dipecat dari UMNO sedangkan kawan-kawannya yang lain ada yang dipecat kerana menentang BN dalam pilihanraya tersebut.

Apabila berlaku krisis politik dalam kerajaan PAS Kelantan sehingga parti itu dikeluarkan dari Barisan Nasional parti serpihan PAS iaitu Parti Berjasa pimpinan Dato’ Muhammad b. Nasir ditubuhkan sebagai menggantikan PAS dalam BN. Menjelang pilihanraya umum 1978, sekali lagi Haji Wan Idris dipujuk untuk bertanding sebagai calon Berjasa di Parlimen Tumpat. Kali ini beliau dengan tegas menolak tawaran tersebut kerana merasakan sudah cukup terlibat sebagai calon pilihanraya. Beliau sekadar memegang jawatan Ketua Berjasa Cawangan Kampung Baru.


PAS
Apabila PAS kembali menerajui Kelantan setelah memenangi pilihanraya umum 1990, meskipun sudah bersara dari terlibat dengan politik kepartian, beliau mengikuti dengan penuh minat perkembangan politik khususnya di Kelantan. Beliau menyanjung tinggi kepimpinan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membawa era kepimpinan ulamak dalam PAS dan seterusnya meletakkan Islam sebagai asas pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan. Kepimpinan yang jujur dan amanah Menteri Besar Kelantan itu sememangnya selari dan serasi dengan jiwa Haji Wan Idris sendiri.

Haji Wan Idris dan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sememangnya saling mengenali kerana ketika Haji Wan Idris berkhidmat sebagai Penyelia KEMAS, Nik Abdul Aziz (dulunya Ustaz) adalah salah seorang penyelia dan guru agama kelas dewasa antara tahun 1962-1964.
Manakala bapa Nik Abdul Aziz, iaitu Lebai Ni'mat Kedai Lalat adalah rakan kepada pakciknya, Tuan guru Haji Wan Adam.

Berbanding PAS, baginya, UMNO (ketika itu dibawah pimpinan Dr. Mahathir) sudah lari dari landasan perjuangannya yang asal. Perebutan jawatan parti, mengejar kekayaan dan projek, rasuah dan penyelewengan semakin merosakkan UMNO . Beliau meninggalkan UMNO kerana perjuangan sebenar sudah tiada dalam UMNO.
13


Jawatan dalam Persatuan dan Masyarakat

Haji Wan Idris juga aktif dalam persatuan-persatuan dan bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan pendidikan, ekonomi dan keagamaan masyarakat setempat, antaranya ialah:

Pengerusi PIBG Sekolah Falahiah
Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan
Pengerusi Syarikat Kerjasama Kilang Padi Lambor, Kubang Batang
Pengerusi Syarikat Kerjasama Kilang Padi Pasir Pekan
14
Imam Masjid Khairiah Kampung Baru (sekarang adiknya Ustaz Wan Muhamad Tahir
menggantikan beliau menjadi imam
)



(Foto kanan: Masjid Khairiah sekarang yang menggantikan surau kayu. Masjid baru ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Menteri Besar Kelantan)


Atas jasa dan perjuangannya terutama ketika melawan penjajahan British dahulu, maka pihak UMNO Kelantan memaklumkan bahawa pada akhir tahun 1989 nama Haji Wan Idris telah dicatitkan dalam senarai penerima pingat kebesaran daripada Sultan Kelantan. Namun sebaik sahaja Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pimpinan PAS mengambilalih kerajaan pada tahun 1990, senarai nama penerima pingat yang dicadangkan UMNO itu dengan sendirinya terbatal. Haji Wan Idris sebenarnya tidak langsung mengharapakan pingat kebesaran di dunia ini kerana katanya beliau berjuang kerana akhirat dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.


Amalan Rohaniah

Haji Wan Idris adalah seorang yang banyak mengamalkan wirid dan zikir dalam hidupnya. Tidak diketahui secara khusus akan guru yang mengajarnya amalan kerohanian. Tetapi berdasarkan latar belakang pengajiannya terdapat guru-guru yang berkemungkinan besar menjadi murabbi beliau, antaranya seperti Kiyai Fadhlullah Suhaimi.

Walaupun dalam kesibukan urusan hariannya bibir dan hati beliau tidak lekang dengan zikrullah. Sekiranya beliau bermusafir atau membawa kereta beliau akan banyak berdiam sambil berzikir.

Di samping itu beliau beristiqamah untuk bangun setiap malam untuk berzikir dan bersolat tahajjud di bilik yang dikhas oleh beliau untuk bertaqarrub dan bermunajat kepada Allah sehingga akhir hayatnya.

Terjadi peristiwa pelik yang berlaku sebaik sahaja beliau menghembuskan nafas terakhir. Jenazahnya diziarahi oleh 3 ekor ayam yang cantik. Rumahnya yang bertangga tinggi hampir tidak pernah dimasuki ayam sebelum ini. Tentu sekali kehadiran ayam-ayam itu yang merupakan ‘tetamu’ paling awal itu mengejutkan beberapa ahli rumah yang ada ketika itu. Apabila ayam-ayam itu dilihat meluru ke arah jenazah, salah seorang ahli keluarganya terus mengambil seekor demi seekor ayam-ayam yang jinak itu dan dicampak ke luar rumah.

Peristiwa ini hanya menjadi bertambah pelik apabila isteri Haji Wan Idris menceritakan kepada anaknya Wan Mohamad Radzali. Anaknya itu lantas teringat pada ketika beliau bercadang memulakan perniagaan menjual nasi belauk di Wakaf Bharu. Beliau menyuarakan kepada ayahnya tentang kerisauannya kalau kedai yang akan diusahakan itu nanti tidak mendapat sambutan. Haji Wan Idris memberi kata semangat dan menyuruh anaknya itu supaya tetap membuka kedai makan itu. Maka pada awal pagi hari pertama anaknya membuka kedai makan tersebut, beliau didatangi oleh para 'tetamu’ yang pertama iaitu 3 ekor ayam yang cantik. Beliau terus menghalau ayam-ayam itu keluar dan kemudiannya ayam-ayam itu terus pergi menghilang dari pandangannya.


Meninggal Dunia

Setelah berjuang untuk menegakkan Islam dan memajukan masyarakat beliau telah
dipanggil pulang oleh Allah dalam usia 73 tahun. Beliau meninggal dunia pada pagi Rabu, 12 Mac 2003 bersamaan 9 Muharram 1424H meninggalkan begitu banyak jasa kepada masyarakat. Keprihatinan beliau terhadap nasib ummat Islam tetap membara walaupun di saat-saat akhir kematiannya. Walaupun sangat uzur, beliau begitu celik terhadap permasaalahan politik semasa termasuk yang menimpa umat Islam seperti di Iraq. Beliau meninggal tidak lama selepas menonton berita dunia yang ketika itu melaporkan serangan ganas Amerika Syarikat di Iraq. Kemarahan beliau kepada Presiden A.S. George W. Bush diluahkan kepada isterinya ketika bersarapan pagi di hari beliau bakal kembali mengadap Allah sehari sebelum hari Asyura.


Anak-anaknya

Beliau telah meninggalkan lima orang anak iaitu Wan Ahmad Sabri (meninggal dunia), Wan Mohamad Radzali, Wan Fadhilah Nor, Wan Mohamad Fadli dan Wan Muzani.

Sebelum meninggal beliau ada berpesan kepada anak-anaknya supaya banyak menyedekahkan pahala amal kepadanya setelah beliau meninggal dunia sepertimana beliau sendiri tidak putus bersedekah pahala kepada orang tuanya. Beliau mewasiatkan supaya anak-anaknya banyak membaca surah al-Ikhlas dan berdoa untuknya di alam kubur.

Ini mungkin berdasarkan pengalaman yang beliau sendiri alami. Suatu ketika selepas bonda tercintanya meninggal dunia beliau bermimpi ibunya berada dalam satu bilik yang malap dengan hanya bercahayakan pelita kecil yang hampir terpadam. Apabila tersedar dari mimpi anehnya itu, beliau terus membayar zakat yang mungkin ibunya ada terhutang serta menyedekahkan segala pahala amalan soleh untuk ibunya. Sambil itu beliau banyak berdoa memohon rahmat dan keampunan Allah kepada ibunya yang berada di alam barzakh. Tidak lama selepas itu beliau didatangi mimpi sekali lagi. Kali ini beliau lihat ibunya berada dalam bilik yang terang bercahaya. Dilihat betapa ibunya senyum gembira sambil memakai mahkota yang bergemerlapan. 







15

Haji Wan Idris sangat memuliakan ibunya, Hajjah Wan Mariam sehinggakan ketika hendak bercakap dengan ibunya di rumah beliau akan terlebih dahulu duduk merendah diri di hadapan ibunya. Setiap kali beliau pulang ke rumah walaupun penat macamana sekalipun, beliau akan telebih dahulu pergi mengadap ibunya dan bertanya khabar. Selepas berjumpa ibunya itu barulah beliau meneruskan urusan lain di rumah. Beliau tinggal dengan ibunya walaupun beliau boleh sahaja membina rumah sendiri di atas tanah pusaka miliknya.

Anak-anaknya diberikan galakan kuat malah beliau sanggup menjual beberapa keping tanah semata-mata untuk perbelanjaan kewangan pendidikan mereka agar menjadi orang yang berjaya dalam pengajian sampai ke peringkat universiti di dalam dan luar negara. Anak sulungnya, Wan Ahmad Sabri dihantar belajar ke India, manakala Wan Mohd Fadli dibiayainya sampai ke Pakistan. Anak perempuannya, Wan Fadhilah Noor mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian Ijazah Undang-Undang di England manakala anak bongsunya Wan Muzani berjaya ke Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Beliau tidak mahu anak-anaknya terhalang untuk belajar sepertimana beliau alami dahulu. Sebelum itu, adik bongsunya, Haji Wan Muhamad Tahir Wan Taib telah mendapat sokongan kuat beliau untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir sehingga pulang menjadi pensyarah di UiTM (kini bersara).

Semoga cebisan kisah Haji Wan Idris ini menjadi teladan dan menyuntik semangat di kalangan generasi muda keluarga keturunanWan Nuh. InsyaAllah.


Wallahua’lam

_________________________________________________________________
Nota hujung


1 Sebahagian besar dari kandungan rencana ini bersumberkan temubual dengan Hajjah Che Habsah Haji Che Hassan, isteri Allahyarham Haji Wan Idris pada 30 September 2008 dan Wan Fadhilah Nor (anak Haji Wan Idris) pada 2 Oktober 2008.

 

2 Hamzah Sidek, Wawancara dengan Tan Sri Syed Jaafar Albar : Sebagai Jambatan Parti, Mastika, Ogos 1976, hal. 4. Beliau menjadi Ketua Penerangan UMNO(1949), Setiausaha Agung UMNO (1963) dan Pemuda UMNO (1976). Ini bererti beliau menjadi Pengetua Islah sekitar tahun 1945-1948. Rujuk juga Yazid Othman, A. Samad Ismail Adalah Mahaguru Wartawan Yang Cemerlang, http://yazidothman.com/content/view/80/12/. Menurut Yazid,” Pada hari terakhir saya di Islah English School Kota Bharu Kelantan yang lebih dikenali dengan nama IES , setelah tamat Tingkatan Lima, (iaitu sebuah Sekolah Inggeris Swasta terkenal di Kelantan, terletak di Jalan Pengkalan Chepa, yang dikendalikan oleh seorang Pengetua berbangsa Inggeris dan diasaskan oleh Allahyarham Tan Sri Jaafar Albar di mana antara muridnya ialah Dato’ Seri Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri sekarang, anak Pengasas itu sendiri)”

3 Maktab Mahmud atau Al-Maadah Al-Mahmud telah ditubuhkan pada hari hari Jumaat 29 Rabiul Awal 1355 H bersamaan 19 Jun 1936 M. Perletakan batu asas telah disempurnakan oleh DYMM Tunku Mahmud Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarramul Shah, Regent and President State and Council Kedah. Maktab Mahmud kemudiannya dibuka secara rasminya oleh DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Negeri Kedah Darulaman pada ketika itu.

Tujuan utama Baginda adalah untuk menjadikan sebagai pusat penyebaran agama Islam, Bahasa Arab serta mengeluarkan tokoh-tokoh agama. Tambahan pula Baginda berpendapat Negeri Kedah memerlukan Kolej Islam setanding dengan sekolah-sekolah Inggeris pada masa itu, sistem pendidikannya menggunakan sistem pendidikan Mesir (Al-Azhar). Sumbangan Maktab Mahmud melahirkan tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan menentang Malayan Union dengan menubuhkan Persatuan Ulama Kedah pada 9 Februari 1946 yang telah berjaya menyatukan keseluruhan ulama Kedah menentang Malayan Union. Sila rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Maktab_Mahmud#Tokoh

4 Temubual dengan Encik Suhaimi Long pada 10 Oktober 2008, bekas penuntut Maktab Mahmud. Menurutnya Maktab Mahmud adalah satu-satunya pusat pengajian agama yang terus dibuka dan tidak tergendala oleh perang Jepun dan Zaman Darurat. Mungkin kerana ianya mendapat naungan langsung dari Sultan Kedah.

5 Rujuk Wan Mohd Hazim Wan Abdullah, ‘Gudang Syer’, artikel keluarga Wan Nuh, www.wannuh.com

6 Hajjah Zainab adalah ibu saudara kepada bapa mertuanya, Hj. Hassan b Ahmad. Hajjah Zainab merupakan adik kepada ibu Hj. Hassan, iaitu arwah Tok Yah.

7 Lihat Utusan Malaysia, 25 Mei, 2008.

8 Temubual dengan Cikgu Ibrahim b. Salleh, bekas Pengetua Institut Zuhal pada 9 Oktober 2008.

9 Che Salleh b. Omar adalah D.O. ke-3 yang memegang jawatan dari 1 Mac 1951 hingga 15 Mac 1953. Sumber: Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat. Menurut Che Habsah Hj. Hassan, Che Mohd Salleh ada pertalian kekeluargaan dengan Dato’ Perdana, Kota Bharu.

10 Lihat Nik Anuar Nik Mahmud, Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka?,UKM, 1999.

11 Haji Mohd Amin Yaakub, Sejarah Pemerintahan PAS Kelantan 1959-1990: Bhg.I, Pusat Kajian Strategik, Kota Bharu: Ogos 2001, hal 146. Haji Wan Idris (Perikatan) mendapat 2,754 undi berbanding Che’ Ishak (PAS) sebanyak 3,469 undi.

12 Lihat Mohd Asri Haji Muda, Memoir Politik Asri: Meniti Arus, UKM:1993, hal. 103. Menurut Dato’ Asri ahli-ahli PAS yang menjadi calon Parti Bebas Bersatu ini terdiri daripada mereka yang kurang senang dengan penyertaan PAS dalam Barisan Nasional

13 Pandangan ini diluahkan oleh Haji Wan Idris ketika penulis berkesempatan bersembang politik dengannya sekitar tahun 2001-2002.

14 Kedua-dua syarikat Kerjasama Kilang Padi ini ditubuhkan oleh bapa saudaranya, Haji Wan Sulaiman pada tahun 1957.

15 Sebagaimana diceritakan oleh anak saudaranya, Wan Mohd @ Pauzi b Wan Yunus pada 3 Oktober 2008

 

Posted by Jasamu dikenangat 5:40 PM

2 comments:

Description: http://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzhfzR5GIKt9t7LXJuOju4-bCXvbaoJkVU3ZP7T6qiwh7QA3YWy5sh94d2uAi74ihld-LbogBjsiKEUNg0ODgdjoNWj9gJrLs4DbLytyTwB-8ScmAPvMbhv1ebgdaESRA/s45-c/714179250l.jpg

Qohar said...

al-fatihah untuk arwah pokcikyeh..

January 10, 2009 at 7:46 PM

Description: http://www.blogger.com/img/blogger_logo_round_35.png

Wan Mohd Hazim said...

Dari kisah Wan Idris timbul satu pertanyaan, adakah benar UMNO ikhlas berjuang mendaulatkan Islam atau perjuangan mendaulatkan Islam sebagai mekap sahaja? Kalaulah benar UMNO benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam kenapakan manusia yang ikhlas seperti Wan Idris tersisih dan menyisihkan diri dari perjuangan UMNO? Dari kisah hidup Wan Idris dapatlah kita simpulkan perjuangan UMNO mendaulatkan Islam hanyalah pada selogan manakala perlaksanaannya hanya melepaskan batuk ditangga. Nasib Wan Idris sangat berbeza dengan saudara sepupunya Wan Jamin b Wan Mahmood (bekas Ahli Parlimen Tumpat)dan Wan Abdullah b Wan Sulaiman (bekas ADUN Simpangan)yang berjaya mencapai kejayaan menang dalam pilihanraya kerana bernaung di bawah panji-panji perjuagan Islam tulen iaitu PAS. Medan perjuangan Wan Idris hanyalah di ruang yang sepit lagi bersifat tempatan sebagai penggerak masyarakat melalui KEMAS sedangkan saudara sepupunya Wan Jamin sebagai penggerak kepada mengembelingkan barisan Pemuda PAS sehingga terlahirnya tokoh-tokoh Pemuda PAS seperti Husam b Musa dan Salahuddin b Ayub dan memperkasakan PASTI, serta Wan Abdullah yang berjaya memberi nafas baru kepada SMUA Meheliah, Geting.

November 29, 2010 at 7:48 AM



OK GURU HAJI WAN ADAM[1]

(1909 – 1957)

Oleh: Ismail Awang

Seorang ulama’ yang berusaha mengembangkan pengajian Islam melalui sekolah, berusaha dan bergiat menyedarkan rakyat untuk kemerdekaan dan pembangunan ekonomi serta pengetahuan orang kampong, di Pasir Pekan khususnya ialah al-Fadhil Tuan Guru Haji Wan Adam bin Wan Abdullah. Beliau bukan sahaja mengorbankan tenaganya tetapi juga harta bendanya.

 

Kelahirannya

Haji Wan Adam bin Wan Abdullah dilahirkan pada tahun 1909M /1327H di Kampung Surau, Pasir Pekan, Kelantan oleh ibunya, Wan Setajar (Siti Hajar) binti Wan Abu Bakar (Imam Pasir Pekan yang pertama). Bapanya Wan Abdullah bin Wan Nuh pada mulanya adalah seorang peniaga kemudiannya menjadi pemilik kebun getah di Kuala Nal yang akhirnya menjadi estet (ladang).

 

Pendidikannya

Pengajian al-Quran merupakan asas pelajaran di zaman itu. Beliau sungguh beruntung kerana lahir dari kalangan keluarga yang sudah mempunyai asas-asas ugama – datuk dari sebelah ibunya ialah bekas Imam pertama di Pasir Pekan. Beliau telah khatam al-Quran dengan Haji Wan Ahmad b. Haji Wan Abdul Rahman – seorang guru al-Quran di Kampung Surau itu.

Setelah tamat al-Quran beliau belajar nahu dengan Tuan Guru Haji Abbas di Kota Kubang Labu, tetapi tidak lama di sini beliau bersama-sama Haji Wan Muhammad Saghir Wan Kono’ belajar pula di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Beliau terpaksa berulang-alik dengan perahu kecil, terkadang pernah terbalik sehingga basah seluruh pakaian dan kitab-kitab, namun mereka tetap juga berdayung sehingga beberapa tahun.

 

Di sini beliau pernah belajar dengan Haji Yaakub Haji Ahmad Lorong Gajah Mati, Haji Ismail Haji Sulong, Haji Ismail Palekbang dan Haji Ahmad Kedah. Sebelum belajar di Masjid Muhammadi beliau juga belajar kepada Tuan Guru Che Mat bin Haji Taib[2], Hujung Pasir, Pasir Pekan.

 

Setelah belajar di Masjid Muhammadi, beliau bersama-sama seorang kawannya bernama Haji Nik Muhammad bin Haji Wan Abdul Rahman telah pergi belajar di Kemuning, Machang – kepada Tok Kemuning (Tuan Guru Haji Ismail) selama hampir setahun. Di sanalah beliau mendapat tahu bahawa Haji Ahmad anak Tok Kemuning hendak ke Mesir. Sahabatnya, Nik Muhammad Wan Abdul Rahman telah mendorongnya supaya beliau melanjutkan pelajaran ke Mesir. Atas dorongan itu beliau bersetuju, kemudian memberitahu Tok Kemuning. Tok Kemuning yang telah bermukim lama di Makkah dan begitu terpengaruh dengan Makkah dan Mesir amat bersetuju atas cadangan Haji Wan Adam itu.

 

Pada 8 Oktober 1925 bersamaan 1344 Hijriah, beliau bersama tiga orang lagi dari Kemuning itu bertolak ke Mesir. Mereka itu ialah:

1. Haji Ahmad b. Haji Awang Kemuning ( Haji Ahmad Maher)

2. Haji Mustafa b, Haji Che Tengah, Limau Hantu (meninggal 1346H di Mesir )

3. Nik Jaafar b. Haji Nik Wan

Dari sudut tarikh lahirnya nampak jelas bahawa Haji Wan Adam lebih muda dari Haji Ahmad Maher 3 tahun sahaja.[3] Tetapi sejak di Kelantan mereka bersama-sama menghadapi guru-guru yang sama seperti Haji Yaakub Lorong Gajah Mati dan lain-lain di Masjid Muhammadi, sehingga beliau ke Mesir dan kembali ke Kelantan pun menjadi sahabat karib sehingga meninggal.

 

Haji Wan Adam belajar di Mesir, kemudian menyambung pelajarannya ke Makkah al-Mukarramah pula. Di sini beliau mendapat kawan-kawan baru yang juga datang dari Kelantan seperti Haji Nik Abdul Rahman Abdullah, Haji Nik Abdul Rahman Nik Kub dan sebagainya. Mereka dikatakan telah juga belajar dengan Haji Wan Adam di Makkah.

 

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYG500JM3RNTJPcHj9ot7s0RzLNot924xy4VxP5lzyL3M8sWc3RPlfGlaKB4ENvEA2pYJwud9ctiTlcTDruIy135fdx4DxzfaZUBDJPbfEXkTbRtZIaHFL6P5KHtJvUmRgPbYbcZeeDXG6/s320/KitabWanadam.JPGDi Makkah al-Mukarramah beliau telah berjaya mengarang sebuah buku bernama “Zaadul Haj” (foto kiri) bersama-sama Syaikh Hasan Nor Patani. Buku ini menjadi panduan kepada orang-orang mengerjakan haji dan dicetak kali pertama di Matba’ah Syarqiah, Jeddah, tahun 1357 H – 1938 M.


Selain dari panduan orang-orang haji, beliau juga telah memberi beberapa nasihat sewaktu berada di Makkah supaya orang-orang yang mengambil haji sentiasa dalam keadaan sihat dan baik. Di dalam buku yang setebal 106 muka itu juga dimuatkan sejarah pendek Masjid al-Haram, Perang Khandak, Badar, ‘Ain Zabidah, Masjid Nabawi dan sebagainya.

 

Beliau juga telah mengarang risalah-risalah khusus untuk mengajar dan khutbah-khutbah Jumaat. Di dalam risalah akhlaknya beliau menulis:

“Hidup sebagai kehidupan orang-orang alim yang mulia dan kamu meninggalkan kehidupan yang sebagaimana kehidupan orang-orang jahil yang hina itu”

 

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNAvO_g8o_7cYnp8vUvV9F2sTBfG39tqIPuxle3p_m3t2WuLA_knbVBZVSza5G5dHRxea8zk2SYcvYKcA0hE8g1YyclWebQjcZlbrupN4IGZFF7WwJNcIB20Twp-MrmfKtDv2HgFCeLU2_/s320/TulistgnWAdam.JPG

 

Foto Kiri: Contoh tulisan tangan Tuan Guru Haji Wan Adam

 

 

Di Makkah al-Mukarramah beliau belajar di Madrasah al-Falahiah. Beliau telah mendapat Shahadah an-Najah al-‘Aliah li Talamizat al-Madaris al-Falahiah, di Makkah al-Mukarramah dalam pangkat pertama (Martabah al-Ula). Syahadah beliau adalah siri yang ke-92 dari siri ini di Madrasah itu.

 

Di dalam syahadah itu dapat dilihat kecenderungan beliau dalam biang ilmu tafsir, hadith, tauhid dan akhlak. Di dalam hidupnya, kesan daripada pelajaran itu, nampak jelas sekali beliau empunyai sifat-sifat yang mulia dan akhlak yang tinggi mengikut al-Quran dan al-Sunnah. Beliau tidak suka bercakap banyak. Kalau ketawa, tidak berdekah-dekah, biasanya setakat tersenyum sahaja. Tetapi apabila didengar perkataan yang menggelikan hatinya beliau menahan ketawa dengan menekan-nekan perutnya.

 

 

Berkahwin

Beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan Hajjah Nik Rogayah[4] bt. Haji Nik Mat yang ada hubungan darah dengan Tok Wan Ali Kutan dan keluarganya di Patani. Darah yang mengalir padanya diperolehi dari darah Kelantan, Pulau Pinang dan Patani. Perkahwinan ini berlangsung pada tahun 1938.

 

Membuka Sekolah

Setelah mendapat anaknya yang pertama, Wan Faridah (1939M). beliau turun ke Tanah Melayu, kembali ke kampung tempat tumpah darahnya - Kampung Surau Pasir Pekan. Tidak berapa bulan kemudian beliau mengajar di surau itu. Pengajaran tidaklah berbentuk pondok tetapi berbentuk sekolah.

 

Dalam masa yang singkat sahaja murid-murid bertambah ramai dan terpaksalah beliau meminta bantuan dari sahabat lamanya, Haji Wan Muhammad Saghir Wan Kono’. Mereka mengajar secara percuma sahaja, tanpa mengenakan sebarang bayaran.

 

Kira-kira pada tahun 1940 M, beliau berpindah dari Kampung Surau ke Padang Pasir dekat dengan Kota Kubang Labu. Di sinilah beliau mendirikan sekolah dengan bantuan saudara-saudaranya: Haji Wan Sulaiman, Haji Wan Taib dan bapa saudaranya , Haji Wan Abdul Samad. Madrasah ini diberi nama “al-Madrasah al-Falahiah” mengambil sempena sekolah tempat beliau belajar di Makkah al-Mukarramah. Sekolah ini dibuat dua tingkat – tingkat atas dijadikan balaisah tempat sembahyang dan di tingkat bawah tempat belajar.

 

(Foto: Tapak asal Madrasah Falahiah yang kini adalah Maahad Muhammadi (P) Pasir Pekan)

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgO1xTw9Lp6ByjVaggPpoMHgkBYiPwUS4DghpjBLoRMAptryydLS3azPmTp_dXVrmeR1NXCGnmQBaqZszq5iJw7J50ziDn-cbt30rssKSE6gSm8mTtsro4Y_iX9dgGLnYflQzokzubSufAK/s320/IMG_0205.jpg

 

 

Tidak lama kemudian muridnya semakin meningkat. Jadi terpaksalah menambahkan seorang guru lagi. Sehingga saat itu guru-gurunya ialah:

1. Haji Wan Adam Wan Abdullah

2. Haji Wan Muhammad Saghir Wan Kono’ dan

3. Haji Nik Muhammad Wan Abdul Rahman

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnSUZw_1_rlbId6iLZHEZvyuyjPGSIL0Uhw0GGSzJzkRPg4J77eZvjcrPmskx3Ch5t-XZ_HPjgQFOZ6bXKcqD5ZYmNcX0eWP25br2ntBJuLNXw81Egv0-bulclktCCcxHmYmx0TUsp-1WA/s320/IMG_0206.jpg

Dalam usahanya untuk mengembangkan sekolah ini para guru terpaksa bekerja kuat. Selain daripada mengajar, guru-guru terpaksa juga mencari bantuan dari orang ramai. Dengan usaha yang gigih sedemikian, bangunan sekolah dapat ditegakkan dengan baik dan pondok-pondok (asrama sendirian) didirikan oleh para pelajar yang datang dari negeri-negeri Pahang, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor dan sebagainya.

 

Sebagai seorang yang pernah belajar di sekolah, maka sistem persekolahan dapat dijalankan dengan jayanya di sekolah ini. Beliau juga pernah berpandu kepada peraturan-peraturan Majlis Ugama Islam seperti Peraturan Bagi al-Madrasah al-Muhammadiah al-Arabiah (Minit Majlis 13/1937) yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Kelantan pada 1 Rajab 1356 bersamaan 6 September 1937.

 

Sistem Sekolah Falahiah ini bermula dari Kelas 0 (kosong), dikenali dengan nama Kelas Not. Setelah setahun dan lulus peperiksaan, diangkat ke Darjah Satu, kemudian Darjah Dua dan seterusnya Darjah Tiga. Semua mata pelajaran adalah dalam bahasa Arab, termasuk geografi dan ilmu hisab.

 

Setelah sekolah ini berjalan baik, maka pada 1 Januari 1943 sekolah ini diterima sebagai sekolah Majlis Ugama Islam Kelantan.

 

Mengikut kenyataan Pegawai Pelajaran Majlis Ugama Islam Kelantan bahawa urutan sekola-sekolah Majlis ini dibuka (diterima) adalah sebagaimana berikut:

1. Maahad Muhammadi (Melayu) Laki-laki – 5.8.1917

2. Maahad Muhammadi (Perempuan) – 16.2.1932

3. Maahad Muhammadi (Arab) – 1.4.1937

4. Madrasah Falahiah, Pasir Pekan – 1.1.1943.

5. Sekolah Arab Pasir Mas – 1.4.1943

6. Madrasah Yaakubiah, Nipah, Bachok – 1.6.1943

7. Sekolah Arab Beris Kubor Besar, Bachok – 26.3.1944

8. Sekolah Arab Machang – 1.1.1949

 

Mengikut rekod, guru-guru yang mengajar di Sekolah Arab Falahiah Pasir Pekan pada bulan Mac 1946 ialah:

1.     Haji Wan Mahmud Daud (guru Arab II), gajinya $49.00

2.     Haji Wan Adam Wan Abdullah (pemangku Guru Besar), gajinya $36.00

3.     Wan Muhammad Saghir Wan Kono’ (gajinya $22.00)

4.     Nik Muhammad Haji Wan Abdul Rahman (gajinya $21.00).

 

Sekolah ini dilawati oleh Pemeriksa Sekolah-sekolah Majlis, Haji Nik Abdul Rahman.

Bilangan murid-muridnya ketika itu ialah: darjah ‘0’ seramai 17 orang, darjah satu 25 orang, darjah dua 20 orang dan darjah tiga seramai 13 orang.

 

Sekolah ini kemudiannya berkembang dari semasa ke semasa sehingga berubah wajah. Tanah tapak seluas dua ekar lebih, wakaf atas nama Haji Wan Adam itu, dapat digunakan sepenuhnya untuk bangunan sekolah, tambahan pula setelah Majlis Ugama Islam Kelantan membangunkan bangunannya yang baru.

 

Untuk perkembangan sekolah ini, Haji Nik Abdul Rahman Abdullah, Haji Ahmad Maher, Haji Nik Abdul Rahman Nik Kub, Haji Nik Muhammad Adeeb, Haji Fadhullah Suhaimi pernah memberi syarahan-syarahan ugama, terutama pada hari ulang tahun kelahiran Rasulullah (s.a.w).

 

Keitka berada di Pasir Pekan, Haji Wan Adam telah berusaha memaju kawasan itu, terutamanya dalam bidang ugama. Beliau selalu berpidato, mengajar malam dan siang, mengadakan beberapa balaisah dan menyelitkan semangat di dalam khutbahnya supaya anak-anak diberi latihan dan pelajaran ugama.

 

Sementara itu beliau sendiri telah membentuk anak-anaknya dengan ajaran ugama apabila beliau telah menghantar semua anak-anaknya dari isteri tua ke sekolah ugama. Manakala anak dari isteri mudanya tidak sempat beliau mendidik sendiri dengan sepenuhnya.

 

Di bidang politik, beliaulah orang pertama menubuhkan cawangan UMNO di pasir Pekan dan menjadi pengerusinya pada penghujung tahun empat puluhan. Beliau juga mengambil bahagian cergas untuk mengembangkan UMNO. Semangat inginkan kemerdekaan tidak kurang juga menekankan perasaannya sehingga beliau pernah berkempen dan memberi penerangan di masjid-masjid[5].

Di badang ekonomi, beliau telah berusaha menubuhkan syarikat kilang padi dan mengambil bahagian di dalamnya.

 

Ahli Dewan Ulama’

Haji Wan Adam pernah dilantik menjadi anggota Dewan Ulama’, Majlis Ugama Islam Kelantan. Mengikut Pengasuh bilangan 2 Kelauran 20 Jun 1946 – 21 Rajab 1365, nama-nama anggota pada masa itu ialah:

1.     Sahid al-Fadhilah Tuan Haji Ahmad Maher, Mufti Kerajaan – Yang Dipertua.

2.     Alfadhil Tuan Haji Nik Muhammad Adeeb – Naib Yang Dipertua.

3.     Haji Nik Abdul Rahman Nik Kub

4.     Haji Abdullah Tahir Haji Ahmad

5.     Haji Ismail Haji Abdul Majid

6.     Haji Nik Abdul Rahman Haji Wan Abdullah

7.     Haji Wan Hasan Haji Wan Muhammad

8.     Haji Yaakub Muhammad

9.     Haji Nik Hasan Haji Nik Mat

10.  Haji Wan Adam Haji Wan Abdullah

11.  Haji Ali bin Awang

12.  Haji Ishak Shamsudin

13.  Haji Muhammad Yusuf (Tok Kenali)

14.  Haji Muhammad Nor Haji Ibrahim

15.  Haji Muhammad Haji Idris

16.  Lebai Ni’mat Kedai Lalat

 

Meninggal Dunia

 



 

Pusara Haji Wan Adam di Tanah Perkuburan Kampung Surau, Pasir Pekan.

 

Setelah berjuang untuk menegakkan Islam dan memajukan masyarakat beliau telah

dipanggil pulang oleh Allah dalam usia yang belum begitu lanjut. Beliau meninggal dunia pada 12 April 1957, ketika sekolahnya sedang berkembang.

 

Anak-anaknya

Beliau telah meninggalkan sebelas orang anak dari dua orang isteri. Dari hajjah Nik Rogayah seramai tujuh orang (semuanya perempuan): Wan Faridah, Saadiah, Asiah, Fatimah, Hafsah, Mariam dan Zainab. Dan dari isterinya Hajjah Wan Zubaidah seramai empat orang: Koperal Muhammad Najib, Aminah (Siti Hajar), Muhammad Farid dan Rafeah.

 

Beliau juga telah meninggalkan beberapa pusaka kepada anak-anaknya. Yang paling banyak ialah buku-buku. Selain dari itu ada juga tanahnya di Makkah dan ada di antaranya yang diwakafkan di Makkah yang sampai kini masih wujud.

 

Murid-muridnya

Ramai murid-murid yang telah ditinggalkan dan masing-masing mengambil bahagian di dalam masyarakat – ada yang menjadi guru besar seperti Cikgu Wan Abdullah Wan Sulong, Cikgu Hasan Muhammad; ada yang menjadi Penghulu seperti Encik Hamzah; ada yang menjadi Penggawa, pegawai polis, guru-guru ugama, mubaligh dan sebagainya. Yang terkemuka di antara murid-muridnya ialah Ustaz (Dr.) Haji Hassan Haji Saleh (pengarang dan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia), Ustaz (Dr.) Abdul Fatah Ibrahim (juga pensyarah di Universiti), Haji Muhammad Abdul Rahman (Qadhi Tumpat), Ustaz Haji Wan Hasan Wan Daud (bekas Wakil Rakyat) dan sebagainya.

Nota:-

P1 pada nota kaki merujuk kepada penyelenggara Buku Tokoh-Tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (1), Ismail Che Daud. Manakala P2 ialah nota yang ditambah oleh Wan Mohd Nasruddin Wan Abdullah, wmnasruddin@gmail.com

 

[1] Rencana tulisan Ismail Awang ini dipetik dari buku ‘Tokoh-Tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (1)’, terbitan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Edisi Ketiga, 2001. hal. 611 – 622. Rencana ini asalnya tersiar dalam majalah Pengasuh melalui siri tokoh ulama’ dengan foto potret Tuan Guru Haji Wan Adam (berserban) menghiasi kulit hadapan majalah tersebut. (P2)

[2] Tuan Guru Haji Che Mat (Ahmad) meninggal dunia pada tengah malam Rabu 10 Oktober 1973 dalam usia yang sangat lanjut. (P1)

[3] Perbezaan umur tiga tahun itu kurang tepat kerana Haji Ahmad Maher ladir pada tahun 1322 H, sedangkan Haji Wan Adam pada tahun 1327 H. (P1)

[4] Haji Wan Adam berkahwin dengan Nik Rogayah yang bermastautin di Makkah al-Mukarramah. Nik Rogayah juga mempunyai pertalian darah dengan keluarga Haji Ahmad Badawi, Pulau Pinang. Sekembalinya ke tanah air, Haji Wan Adam turut membawa pulang ibu mertuanya untuk tinggal bersama nya di Kelantan(P2)

[5] Kenyataan Abdul Rahman Che Leh (Pak Chik Man), Kampung Bharu, Pasir Pekan.

Posted by Jasamu dikenangat 11:08 PM

7 comments:

Description: http://www.blogger.com/img/blogger_logo_round_35.png

Unknown said...

This comment has been removed by the author.

February 4, 2017 at 7:41 AM

Description: http://www.blogger.com/img/blogger_logo_round_35.png

tajul said...

Alhamdulillah.. Ada jugak seorang hamba Allah yg upload dan cerita kan pasal haji Wan Adam ni.. Puas sya cari.. Terima Kasih tak terhingga buat tuan.. Semoga Allah limpahkan kurnianya dan rahmatNya ke atas tuan sekeluarga..
Beliau ialah Datuk Saya..

#savepalestine
#israelkoyak

May 26, 2021 at 1:37 AM

Description: http://www.blogger.com/img/blogger_logo_round_35.png

wan said...

Boleh bantu kemaskini maklumat tambahan atau buat pembetulan sekiranya ada..terima kasih

July 5, 2021 at 9:58 PM

Description: http://www.blogger.com/img/blogger_logo_round_35.png

Wan Salmah said...

Terima kasih atas info ini. Maklumat ini sangat berguna terutama kepada generasi baharu. Rumah saya dekat sekolah Falahiah dan seorang anak bersekolah di sini. Ustazah Wan Faridah ialah guru saya. Terima kasih.

July 6, 2021 at 4:56 PM

Description: http://www.blogger.com/img/blogger_logo_round_35.png

Unknown said...

Alfatihah buat arwah,tak pernah jumpa tapi dapat kenal dgn artikel di atas, tq

July 9, 2021 at 8:48 AM

Description: http://www.blogger.com/img/blogger_logo_round_35.png

Ahmad said...

This comment has been removed by the author.

August 30, 2021 at 4:07 AM

Description: http://www.blogger.com/img/blogger_logo_round_35.png

Ahmad said...

Tapi ada kekeliruan sikit senarai ahli dewan ulamak AL marhum tok kenali meninggal pada tahun 1933...atau siapa ya?

August 30, 2021 at 4:09 AM

 

USTAZ HAJI WAN JAMIL DALAM KENANGAN

(Haji Wan Jamil dari keturunan Wan Nuh melalui Wan Abdullah sebelah bapanya, Wan Mahmood manakala sebelah ibunya, Wan Saadah adalah keturunan Wan Nuh melalui Wan Ali).

Yang Dipertua PAS Tumpat, Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood, 63 meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian kira-kira jam 1 pagi 28 Februari 2009.

Beliau dirawat di hospital berkenaan sejak lebih sebulan lalu akibat jangkitan kuman di bahagian buah pinggang.

Sebelum ini Allahyarham yang juga mantan anggota Parlimen Tumpat sudah beberapa kali dirawat di hospital tersebut sejak tahun lalu (2008).

Allahyarham mendapat pelajaran asas di SRK Pasir Pekan dan kemudiannya menyambung pelajaran ke peringkat menengah di Madrasah al Falahiah sebelum ke Maahad Muhammadi. Beliau merupakan graduan perundangan Universiti Islam Indonesia dan melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti of London, England. Malangnya beliau tidak sempat menghabiskan pelajaran peringkat sarjananya kerana kesuntukan wang untuk membiayai pelajarannya di England. Sekembalinya ke Kelantan beliau telah bertugas sebagai guru di sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan. Beliau meletak jawatan sebagai guru kerana mahu bergiat cergas dalam bidang politik. Pada tahun 1991 beliau telah bertanding di Parlimen Tumpat dan menang bagi dua penggal berturut-turut. Selain itu beliau juga merupakan penyelia Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubur dan Ketua Whip Majlis Daerah Tumpat serta bekas Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Arniwati Sabirin merupakan anggota jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kelantan. Isterinya berasal dari Bukit Tinggi, Sumatera, Indonesia.


Setiausaha PAS Tumpat, Jamaluddin Ishak berkata, kematiannya merupakan kehilangan besar bagi PAS Tumpat dan Kelantan memandangkan Allahyarham merupakan seorang tokoh politik yang disegani kawan dan lawan.

“Malah kepimpinannya begitu menonjol ketika menjadi anggota parlimen Tumpat kerana aktif mengambil bahagian bagi menyuarakan masalah rakyat,” katanya.

Jenazahnya disembahyang di Masjid Pasir Pekan tidak jauh dari rumahnya. Ia diimamkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dan jenazahnya disemadikan di tanah perkuburan kampung tersebut.

Artikel ini diolah dan dipetik dari Harakahdaily. Sebuah buku biografi Allahyarham Haji Wan Jamil sedang diusahakan oleh seorang penulis khas dari Kelantan

Posted by Jasamu dikenangat 11:28 PM1 comment: 

WEDNESDAY, OCTOBER 8, 2008













 TENGKU MOHD AZZMAN SHARIFFADEEN

Tengku Mohd Azzman Shariffadeen graduated from the University of Manchester with a bachelor’s degree in electrical engineering, and masters and doctoral degrees in control systems. He first served as an academic at the Faculty of Engineering, University of Malaya, for eleven years. For the next twenty-one years he was the founding Director General and CEO of
the Malaysian Institute of Microelectronic Systems (MIMOS). He led significant strategic national efforts in R&D and capacity building focused on ICT and microelectronics. As CEO of MIMOS he also served for nine years as the ex-officio Secretary of the National Information Technology Council, chaired by the Prime Minister of Malaysia. In this capacity he was
instrumental in the formulation and implementation of national ICT policies and strategies, in particular, the Multimedia Super Corridor (MSC) and the National IT Agenda (NITA).


He is currently active in sharing his experience in knowledge and innovation for development, particularly in his home country Malaysia and in projects in the Middle-East and the Asia Pacific Region. He is a Senior Fellow and President, Academy of Sciences, Malaysia; Adjunct Professor, International Islamic University, Malaysia; and Member, New Club of Paris. He is a member of the Board of Directors, Pernec Corporation Berhad, a Malaysian IT company.

Pelantikan Tengku Mohd Azzman Shariffadeen adalah dari 1 Mac 2023 hingga 28 Feb 2026 dengan mengambil alih jawatan tersebut daripada Prof Emerita Datuk Dr Asma Ismail yang tamat tempoh perkhidmatan selama dua penggal pada 27 Dis 2022 seperti yang termaktub dalam Akta Akademi Sains Malaysia 1994.

"Tanggungjawab ini adalah amanah yang saya akan jalankan sebaik mungkin di samping bekerjasama rapat dengan semua pihak dalam meningkatkan peranan ASM bersama komuniti saintifik negara ke arah pengukuran STIE Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa," kata Tengku Mohd Azzman Shariffadeen dalam kenyataan berkenaan.

Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi Chang Lih Kang dalam kenyataan sama berharap Tengku Mohd Azzman Shariffadeen akan membantu memperkukuh ekosistem dan tadbir urus STIE negara dan yakin ASM mampu menyalurkan manfaat lebih besar kepada masyarakat dan negara berlandaskan prinsip Malaysia MADANI.

"MOSTI ingin mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sekali gus mengambil kesempatan untuk menzahirkan penghargaan kepada Prof Emerita Datuk Dr Asma Ismail yang telah mempamerkan komitmen padu kepada kementerian, ASM dan pihak berkepentingan lain dalam menjayakan agenda STIE negara," katanya.

Anak kelahiran Kelantan yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan dan Kawalan Sistem daripada Institute of Science and Technology, University of Manchester itu telah berkhidmat sebagai Dekan di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya dari 1975 hingga 1984 sekembali ke Malaysia.

"Tengku Mohd Azzman Shariffadeen adalah antara individu yang bertanggungjawab merintis bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara. Beliau juga adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif yang pertama di Malaysian Institute of Microelectronic Systems (MIMOS) Berhad dan telah menerajui MIMOS bermula dari 1984 hingga 2005," menurut kenyataan itu.

Menurut ASM, program perdana Koridor Raya Multimedia telah tercetus di bawah kepimpinan Tengku Mohd Azzman Shariffadeen.

Tengku Mohd Azzman Shariffadeen juga adalah Setiausaha pertama National IT Council (NITC) pada 1994 yang berperanan merangka Agenda Komunikasi Maklumat Kebangsaaan (NITA) dan pada 2000, beliau telah menerima anugerah Contribution to the Engineering Profession in Malaysia daripada Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM).

Di peringkat antarabangsa, Tengku Mohd Azzman Shariffadeen pernah dilantik sebagai anggota pasukan Komunikasi dan Teknologi Maklumat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan memantau pembangunan industri ICT di Asia.

Selain itu, beliau juga pernah menganggotai beberapa badan berkaitan kejuruteraan dan ICT seperti Institute of Electrical and Electronics Engineers, Global Alliance for ICT and Development (GAID-UN) dan ahli lembaga penasihat di International Council for Computer Communications, Amerika Syarikat.

-- BERNAMA

YM Tengku Datuk Dr Mohd Azzman Shariffadeen, FASc

ACADEMY OF SCIENCES MALAYSIA

Tengku Mohd Azzman Shariffadeen served as an academic at the University Malaya's Faculty of Engineering for 11 years. Over the next 21 years of his career, he went on to be the founding director-general and CEO of the Malaysian Institute of Microelectronic Systems (MIMOS). He led significant strategic national efforts in R&D and capacity building, focusing mainly on ICT and microelectronics. He also served for nine years as the ex-officio Secretary of the National Information Technology Council, chaired by the Prime Minister of Malaysia.

In this capacity he was closely involved with the formulation and implementation of national ICT policies and strategies, in particular, the Multimedia Super Corridor (MSC) and the National IT Agenda (NITA).

 

 

CIKGU HAJI HANAFI@ GHANI BUN WAN DAUD MOHD