SAMBUTAN AIDIL FITRI 2009

Perjumpaan Hari Raya 2009
22 Sept. 2009 – Majlis Perjumpaan Hari Raya tahun ini diadakan pada 3 Syawwal 1430 bersamaan 22 September 2009 bertempat di rumah Haji Wan YusofHaji Wan Ab. Samad bin Wan Nuh. Majlis tahunan Tabung Amanah Keluarga Teluk Kuala Nal ini dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 300 orang ahli keluarga keturunan Wan Nuh .



Menurut Setiausaha/Bendahari Tabung Amanah ini, Haji Wan Ali Wan Jaafar, derma yang diterima bertambah dan pada tahun ini sudah melebihi RM96,000 dan ini merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana pada tahun 2008 jumlah kutipan adalah sebanyak RM52,685.82. Begitu juga penerima sumbangan tahun ini meningkat kepada 113 berbanding 87 pada tahun lepas.
Tambah beliau, tujuan dan matlamat tabung ini adalah untuk memberi dorongan kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan juga tahfiz, memberi pertolongan atau bantuan kepada anak yatim, membantu pelajar-pelajar di peringkat kolej dan juga universiti di dalam mahu pun di luar negara dalam berbagai bidang pelajaran termasuk agama. Tabung ini turut menyumbang kepada masjid dan surau yang dikendalikan oleh keluarga keturunan Wan Nuh.

Pada majlis itu, sebanyak RM 42,150.00 diagihkan kepada 113 penerima yang tersenarai.