WAN NUH

Salasilah Keturunan
Wan Nuh, Kampong Surau, Pekan,
Kelantan.
(DIKEMASKINI : 8 SEPTEMBER 2011)
Pengasas

Wan Nuh bin Wan Karim yang lahir sekitar awal abad ke-19 berasal dari Minangkabau, Sumatera. Setelah berada beberapa lama di Negeri Perak, berhijrah ke Kelantan. Beliau merupakan seorang saudagar yang berjaya. Beliau meninggal di Singapura. Jenazah beliau disemadikan di tanah wakaf perkuburan Kampung Glam -kini dikenali Jalan Kubor di hadapan Madrasah Aljunied al-Islamiah, Singapura.


Beliau memperolehi 9 orang anak. Anak-anaknya ialah (1) Wan Ali, (2)Wan Abdullah, (3)Wan Siti, (4)Wan Kalthum, (5)Wan Fatimah, (6)Wan Halimah, (7)Wan Abdul Rahman, (8) Wan Leha dan (9)Wan Abdul Samad.


Setakat ini tidak diketahui latar belakang isteri beliau. Latarbelakang dan identiti isteri Wan Nuh masih menjadi misteri. Sumber Arkib Negara mencatatkan bahawa isteri Wan Nuh hanya dikenali dengan nama ‘Wan Yah’. Ada cerita lisan yang mengatakan isteri beliau itu berhijrah bersama suaminya dari tanah seberang. Atau kemungkinan juga Wan Nuh bertemu jodoh dengan Wan Yah di Perak dan seterusnya mereka merantau dan menetap di Kelantan.
Justeru itu tiada sebarang maklumat pertalian keluarga beliau di Kampung Surau Pekan atau di mana-mana tempat di Kelantan. Maklumat ini ada logiknya kerana beliau tidak dikenali di sini. Maklumat itu selanjutnya mengatakan Wan Nuh berdagang ke Singapura dengan ditemani oleh isterinya sehinggalah suami isteri itu wafat di Singapura. Ketiadaan pusara isteri Wan Nuh di Kampung Surau menyokong cerita ini. Namun begitu tiada pula maklumat mengenai pusara beliau di Singapura kerana yang diketahui hanyalah pusara Wan Nuh di perkampungan Melayu Kampung Glam, Singapura yang pernah diziarahi oleh kaum keluarga keturunan Wan Nuh. Rujuk lokasi pusara Wan Nuh di bawah (antara Jalan Kubor dan Victoria Lane):





Catatan: Kepada pewaris yang ingin menambah maklumat baharu tentang Gemulah Wan Nuh sila emailkan kepada: salasilahwannuh@gmail.com
atau rujuk kepada Setiausaha