TIPS KESIHATAN

Petikan Asal daripada:
www.tamanguru.htmlplanet.com

www,5pmck.blogspot.com
ppkmkelantan.blogspot

(Atas Dasar Pautan Kasih & Perkongsian Bersama)
PETIKAN 1:
Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri 
Disediakan oleh: UNIT HAL EHWAL ISLAM, HOSPITAL SUNGAI BULOH. 
 

BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah saw yang perlu kita sebagai umat Islam contohi? Mencontohi Baginda bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita. Bukan bermakna Nabi saw terhindar daripada penyakit, tetapi Baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali sahaja.
Rasulullah saw sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas yang berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan. Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit (maaf). Antara beberapa cara hidup sihat yang 

Baginda amalkan adalah:-

1. Selalu bangun sebelum Subuh.
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara pada waktu subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2. Menitikberatkan tatacara menjaga kebersihan.
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. Sabda Baginda yang bermaksud:
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa, demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
3. Tidak pernah makan berlebihan.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Salah satu sumber penyakit adalah datangnya dari perut (makanan). Amalan pemakanan yang tidak betul dan berlebihan boleh meningkatkan kadar kolesterol dan boleh memudharatkan tubuh kita. Galakan berpuasa merupakan suatu bentuk terapi yang boleh mengistirehatkan perut disamping menyihatkan tubuh badan kita.

4. Gemar berjalan kaki.
Rasulullah saw berjalan kaki ke masjid, pasar dan mengunjungi rumah-rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan dengan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5. Tidak pernah iri hati.
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. Banyakkanlah berdoa: “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

6. Tidak pemarah.
Nasihat Rasulullah ‘JANGAN MARAH’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad sahaja tetapi merangkumi juga kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.

7. Pemaaf.
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah saw.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PETIKAN 2:
Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah

Kita berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.

Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.

Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.

Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.

Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.

Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.

Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.

Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”

Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan. Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.

Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.

Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir  Qois al Anshoriyah, katanya:

“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.

“Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.
“Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”

Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.

Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.

Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.

Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.

Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.

Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak. Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.

Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.

Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.

Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.

Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.

Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.

Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”

Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.

Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.

Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”

Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:

“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”

Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.

Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:

“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”

Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!

Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PETIKAN 3:

Apakah cara terbaik bagi mengelak mengambil makanan tidak sihat?

Kerajaan perlu memperbanyakkan kempen kesedaran kepada pengguna di Malaysia, terutama:

* Pengguna hendaklah mempunyai ilmu dalam pemakanan sihat.

* Mengelak makan di luar. Memasak makanan di rumah lebih baik.

* Jangan mudah tertipu dengan iklan dan promosi yang dibuat oleh peniaga makanan segera.

* Mengurangkan makan makanan berat pada waktu malam.

* Mengelak makanan mengandungi banyak kolesterol.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PETIKAN 4:
Cara Menjaga Kesihatan Diri

  1. Kesihatan amat penting untuk diri kita
  2. Apabila kita sihat , kita boleh melakukan perkara yang kita minati
  3. Cara Menjaga Kesihatan adalah makan makanan yang seimbang
  4. Makanlah banyak buah buahan dan sayur sayuran hijau.
  5. Kita di galakkan makan pada waktu makan yang betul dan tidak lupa mengambil sarapan pada setiap pagi.
  6. Elakkan makan pada waktu lewat malam yang boleh menyebabkan kegemukan.
  7. Kita juga mestilah bersenam untuk menjaga kesihatan.
  8. Bermain pada waktu petang seperti bermain bola atau permainan yang kita minati boleh mengeluarkan peluh
  9. Pada hari cuti , ajaklah ibu dan ayah serta keluarga berjoging ditaman rekreasi.
  10. Selain itu, jagalah kebersihan diri kita setiap hari
  11. Pakai pakaian yang bersih dan mandi sekurang kurangnya dua kali sehari untuk mengelakkan kita mudah di jangkiti penyakit kulit.
  12. Sebelum makan dan minum basuh tangan supaya kita tidak dijangkiti kuman yang boleh menyebabkan demam selesema dan batuk.
  13. Minumlah  air masak yang baik untuk kesihatan diri.
  14. Minumlah sekurang kurangnya 2 liter air masak setiap hari supaya tubuh kita dapat mencerna makanan dengan baik
  15. Kesihatan amat berharga untuk semua orang
  16. Oleh itu jagalah kesihatan di mana sahaja kita berada. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PETIKAN 5:
Obesiti Di Kalangan Warga Emas – Risiko Berat Badan Berlebihan


Obesiti adalah masalah untuk semua peringkat umur dari muda kepada yang tua. Ia boleh membawa kepada penyakit yang serius dan boleh mengancam nyawa. Obesiti di kalangan masyarakat senior adalah sangat berisiko kerana orang-orang ini sudah di peringkat dalam kehidupan mereka di mana fungsi tubuh mereka diperlahankan dan kadar metabolik mereka semakin menurun. Oleh kerana itu, mereka lebih cenderung untuk menjadi gemuk dan mendapatkan masalah penyakit yang serius. Tambahan pula , warga tua lebih cenderung untuk jatuh sakit secara umum. Obesiti lebih merumitkan masalah kesihatan mereka.

Penuaan merupakan faktor utama menentukan kesihatan warga emas dan dengan obesiti yang tidak dikawal, komplikasi kesihatan lebih cenderung untuk berlaku. Akibat itu , orang tua mempunyai risiko yang lebih tinggi yang dipengaruhi oleh pelbagai penyakit. Malangnya , kebanyakan orang tidak sedar bahawa mereka di dalam kategori obesiti. Atas sebab ini , kesedaran perlu diwujudkan supaya langkah-langkah yang positif boleh dilaksanakan untuk menghilangkan obesiti.


Obesiti menonjol sebagai ancaman sebenar kepada jangka umur yang panjang dan kehidupan yang sihat. Bahaya lemak badan yang berlebihan nyata di banyak kalangan orang dewasa . Ini adalah kerana dengan umur yang berlanjutan fisiologi badan mereka dan organ-organ badan mereka tidak berfungsi seperti mereka yang muda. Jadi golongan senior harus menjaga diet supaya tidak menjadi obese.

Jantung warga tua yang mengalami berlebihan berat badan perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah. Ini menyebabkan pembesaran otot jantung. Ini boleh membawa kepada penyakit jantung yang serius . Hipertensi adalah masalah kesihatan kalangan warga tua boleh menghadapi. Masalah ini boleh wujud tanpa disedari untuk masa yang lama dan membawa kepada penyakit jantung. Selain itu, orang gemuk mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat kolesterol tinggi. Sementara kolesterol membina dalam arteri aliran darah juga terhalang . Ini juga membawa kepada risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah jantung. Jika organ-organ dalaman berhenti mendapatkan bekalan darah yang mencukupi ia akan berhenti berfungsi dengan betul.

Kehadiran lemak badan yang berlebihan boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan menyebabkan kanser. Begitu juga, sesetengah makanan seperti daging menghasilkan bahan-bahan karsinogen apabila ia terdedah kepada haba yang berlebihan. Oleh sebab-sebab ini , warga tua mempunyai risiko mendapat kanser prostat manakala wanita lebih cenderung untuk menjadi mangsa kepada endometrium dan kanser payudara. Pada umumnya , warga tua yang obese lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jenis kanser gastrousus, seperti kanser kolorektal.


Walaupun penyakit-penyakit tersebut adalah yang selalu terjadi , terdapat begitu banyak penyakit lain yang boleh menyebabkan obesiti dalam warga tua. Itulah sebabnya ia adalah yang terbaik yang anda sentiasa menjaga diri anda dalam keadaan yang baik. Amalkan diet yang sihat yang boleh disesuaikan dengan tahap keselesaan anda dan akan memberi keputusan terbaik untuk anda. Diet anda boleh dirancang oleh pakar perubatan yang tahu apa bahan-bahan akan membantu anda menurunkan berat badan dan kekal sihat dan sesuai untuk masa yang berpanjangan. Orang yang mempunyai gaya hidup aktif dan tabiat makan yang baik adalah kurang berkemungkinan untuk mengalami komplikasi kesihatan. Ia adalah penting untuk mengawal keadaan ini secepat mungkin. Perlu diingat bahawa ia tidak pernah terlambat untuk menghilangkan berat badan berlebihan dengan mengikuti pelan kesihatan yang tepat.


Kemurungan adalah masalah lain yang boleh disebabkan oleh obesiti. Orang gemuk kurang cenderung untuk menikmati aktiviti-aktiviti rekreasi dan juga aktiviti-akitiviti yang mudah, seperti pergi ke pasar raya. Mereka lebih bimbang tentang kelihatan mereka. Tambahan pula, perasaan tertekan akan membuat anda lebih banyak makan . Ini menjadikan masalah yang lebih serius. Apabila seseorang merasa tertekan , hormon tertentu menyebabkan dia berasa murung dan dengan itu, dia berkemungkinan akan makan berlebihan. Ini menjadikan dia lebih gemuk. Pada umumnya , warga emas lebih cenderung untuk mengalami kemurungan apabila mereka menjalani kehidupan yang berkeseorangan dan cuba untuk menjustifikasikan kesepian mereka dengan tabiat makan yang tidak terkawal.

Realitinya adalah bahawa dengan mengurangkan berat badan anda boleh mengelakkan banyak kerosakan yang disebabkan oleh obesiti dan mengurangkan faktor risiko pelbagai penyakit. Hanya dengan mengurangkan berat badan anda boleh menjalani kehidupan yang lebih bahagia . Berat  lebih rendah menjamin memudahkan pergerakan dan membawa lebih keyakinan diri. Ini akan membolehkan anda untuk menikmati kehidupan , walaupun usia anda lanjut. Ini memberi manfaat kepada fizikal dan juga untuk kesihatan psikologi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PETIKAN 6:
Berjalan untuk badan yang sihat
Berjalan adalah salah satu cara yang paling mudah untuk kekal cergas . Anda mungkin mempunyai kehidupan yang sibuk, tetapi cuba dan memperkenalkan aktiviti fizikal dalam kehidupan anda. Satu aktiviti sederhana senaman fizikal selama 30 minit ( jika anda tidak boleh mampu buat selama itu, walaupun 15 minit adalah cukup sebagai permulaan) sehari sudah cukup untuk membuat anda sihat. Kecergasan aerobik berbentuk ini boleh meningkatkan mood anda, membuat anda cergas, dan meningkatkan kualiti hidup anda.

Sebelum anda mula

Pakai pasangan kasut yang betul untuk berjalan dan pakaian yang selesa . Jangan lupa untuk membawa dan minum air semasa anda berjalan, untuk  menghidrat diri sendiri. Berjalan selama 15-20 minit untuk tiga hari pertama, dan kemudian beransur-ansur meningkatkan masa . Anda boleh menggunakan alat pengukur langkah untuk mengira langkah-langkah yang anda ambil.


Berjalan jalan untuk kesihatan jantung

Berjalan boleh menurunkan paras kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Ia juga boleh menguatkan jantung, otot dan paru-paru. Jantung yang kuat dengan kadar jantung meningkat mampu membawa lebih banyak darah ke seluruh badan anda. Akitiviti berjalan pantas setiap hari membolehkan anda membakar sehingga 200 kalori dan mengurangkan lemak badan.

Turunkan risiko tekanan darah tinggi dan kencing manis

Menurut satu kajian, aktiviti berjalan meningkatkan BMI ( indeks jisim badan ) dan tahap tekanan darah di kalangan pesakit diabetes. Pergerakan otot membawa kepada penggunaan glukosa yang lebih oleh sel-sel otot. Ini juga melibatkan penggunaan lebih insulin, yang memperbaiki tahap gula dalam darah. Tahap tekanan darah rendah juga boleh melindungi daripada kegagalan buah pinggang , serangan jantung dan strok.

Mengurangkan risiko dan kesan kanser

Kajian menunjukkan bahawa risiko kanser kolon boleh dikurangkan dengan akitiviti berjalan kaki dengan cepat. Ia boleh menghadkan masa untuk karsinogen dalam makanan yang akan datang berhubung dengan lapisan usus dan mengurangkan risiko untuk mendapat kanser dari awal . Dengan peredaran darah yang lebih baik , berjalan membawa tenaga positif dalam badan dan oleh itu mengurangkan kesan sampingan kemoterapi .

Melindungi terhadap keguguran

Walaupun beberapa perubahan badan berlaku semasa mengandung, berjalan biasa boleh memberi  manfaat kepada anda dalam banyak cara . Ia boleh mengurangkan keletihan dan penyakit yang berkaitan, membantu mengurangkan berat badan dengan mudah, dan mengurangkan risiko daripada penyakit kencing manis semasa mengandung . Berjalan juga boleh menghalang pengguguran spontan dengan merendahkan menurunkan perubahan hormon yang menyebabkan pengecutan rahim.

Berjalan untuk kesihatan seksual yang lebih baik

Satu tabiat tetap berjalan pantas boleh meningkatkan prestasi anda di atas katil. Berjalan dua batu sehari meningkatkan peredaran darah yang mengelakkan risiko mati pucuk. Anda boleh menjadi sihat dan sempurna, dan tidak perlu bergantung kepada ubat-ubatan.

Menenangkan fikiran dan semangat anda

Manfaat berjalan bukan sahaja untuk badan anda tetapi juga minda anda. Berjalan pantas membantu meringankan tekanan dan kebimbangan, mengurangkan kemurungan dan menyampaikan “positif kick”- sebagai permulaan untuk hari anda. Ia meningkatkan harga diri anda , caj mood dan membantu untuk membuat anda bertenaga, positif dan gembira sepanjang hari.

Mengurus kilo tambahan

Senaman ditambah pula dengan diet yang berkhasiat boleh membantu untuk membakar kalori yang jika tidak akan berakhir sebagai lemak. Anda boleh membakar sehingga 100 kcal tenaga dengan berjalan satu batu dan bagi setiap dua batu anda berjalan , tiga kali seminggu, anda dijamin untuk  kehilangan 0.5 kg setiap bulan. Dengan tabiat pantas berjalan 45 minit sehari, pinggang langsing tidak akan kekal impian jauh.

Meningkatkan kecerdasan minda

Berjalan merangsang aliran darah, dan membekalkan oksigen ke otak. Ini membawa kepada fungsi yang lebih baik daripada otak dan keupayaan memori yang lebih baik. Selain itu, aktiviti fizikal juga dikenali untuk mengurangkan risiko demensia dan penyakit Alzheimer dalam warga tua.

Menambah tahun kepada hidup anda

Bersenam boleh menambah panjang umur. Tiga puluh minit aktiviti fizikal setiap hari dikatakan memanjangkan hayat anda dengan 1.3 tahun. Lebih penting lagi, ia boleh membuat anda mencegah atau melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia seperti osteoartritis . Berjalan dengan rakan-rakan juga boleh menggembirakan anda dan memberi motivasi kepada anda .

Pesanan terakhir: Dapatkan nasihat doktor

Jika anda mengalami apa-apa kesakitan , dan bercadang untuk mula berjalan , ia adalah lebih baik untuk berunding dengan doktor anda terlebih dahulu. Bincangkan sama ada anda perlu mengambil apa-apa langkah berjaga-jaga dan mengikut cadangan beliau mengenai sama ada anda perlu pergi untuk berjalan pantas , dan juga bagaimana anda boleh lakukannya dengan baik.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PETIKAN 7:Apa Yang DIkatakan Halal Makanan Itu?

TAKRIF MAKANAN HALAL MENURUT Al-Quran dan Sunnah

1. Makanan halal hanya boleh dikatakan halal apabila yang membuatnya terdiri Dari kalangan umat Islam itu sendiri. kerana orang-orang bukan Islam tidak tahu makna HALAL terutama mereka tidak mengerti apa itu Allah dan Rasul. Tiada diniatkan kerana Allah semasa ia dibuat,. Tiada dimulakan dengan Bismillah. Mengenyangkan tapi tiada berkat.

2. Skop makanan HALAL itu bukan sekadar memakan makanan tersebut, tetapi juga mengambil RUH ISLAM dari pengusaha makanan tersebut! Tetapi kalau pengusaha/pembuat itu orang kafir,maka pastinya RUH KAFIR itulah yang diambilnya…. Kalau mereka sendiri tidak HALAL dan SUCI, bagaimana makanan yang mereka buat boleh diketagori HALAL???? Mereka tidak Tahu HUKUM THOHARAH ; jenis air yang boleh dan tidak boleh digunakan; mana satu najis kecil / besar . - mereka ini tidak tahu status HALAL atau  SUCI dari segi AGAMA ISLAM kerana mereka tidak mandi hadas/junabah,

 HADAS , erti kata lain adalah NAJIS tidak SAMAK kalau pegang anjing / babi ,
Bagi mereka pegang tidak mengapa - macam pegang kucing saja. Adakah anda terfikir......????
Peluk cium anjing sebelum buat makanan , bancuh tepung buat kek/roti, biskut

3. Dalam Islam, makanan dan minuman bukan saja berperanan untuk keperluan jasmani. Makanan juga berperanan untuk membentuk rohani seorang Muslim supaya menjadi manusia yang berwibawa. Tiada nur Islam yang boleh merubah hati.

Apabila CAHAYA KEKUFURAN (keingkaran) ini melimpah masuk ke dalam makanan yang dimakan, maka akan membiaklah BENIH-BENIH KUFUR di dalam diri tersebut. Maka dari saat itu bermulalah penentangan terhadap Perintah dan Larangan Allah dan Rasul sedikit demi sedikit. Bermula dari kanak-kanak sehinggalah dewasa.

4. Kita akui bahawa jasmani memerlukan makanan tetapi bukan dengan cara yang berlebihan sehingga boleh menjejaskan kesihatan badan. Badan memerlukan makanan sekadar untuk kekuatan fizikal dan mental. Lantaran itu Rasullah s.a.w mengajar umat manusia cara untuk memenuhi keperluan fizikal bukan menurut nafsu dan berlebih-lebihan.

6. Sumbernya diragui. Setiap makanan mempunyai Mhz - atau Gelombang .Makanan mempunyai gelombang yang berbeza. Makanan yang segar lebih tinggi gelombangnya daripada makanan kering. Makanan dalam tin mempunyai kosong gelombang dan tiada manafaat langsung. Madu umpamanya mempunyai gelombang sehingga 250Mhz. Lagi tinggi Mhz pada makanan tersebut adalah terlebih baik buat tubuh badan manusia.

  Apabila gelombang asli (makanan) bertemu dengan cahaya (nur) agama Islam , maka ia akan menghasilkan satu bentuk dinamik yang dipanggil "RELUNG CAHAYA". Relung cahaya ini akan menghasilkan impak yang memberi bekas pada hati, lidah dan anggota manusia sehingga merubah dari gelap kepada NUR.


Buku biologi, buku pemakanan mengkaji bahawa untuk mendapat vitamin B dan menambah darah ,kita digalakkan untuk memakan hati haiwan dan hati ayam.......tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.

KENAPA ???
Kerana MMEMAKAN HATI AYAM BOLEH MELEMBABKAN OTAK.

TAHUKAH ANDA  ...???  
HATI merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.
 kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. SANGGUP KITA makan toksin tersebut serta MEMBENGAPKAN otak kita ...........

Islam telah pun menetapkan makanan yang halal dan yang haram. Makanan halal boleh dijelaskan sebagai sesuatu bahan makanan yang suci dan baik (halalan tayyiba) di samping ia tidak melanggari syariat Islam sewaktu mendapatkannya, menyediakannya dan menggunakannya.

Ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud: Maka makanlah makanan yang halal (suci) lagi baik daripada rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu dan bersyukurlah di atas nikmat Allah...(an-Nisa': 14)Arak, khinzir dan anjing adalah contoh makanan yang majoriti umat Islam mengetahuinya sebagai benda yang haram.

Al-Quran telah menggariskan panduan tambahan bagi menentukan sesuatu makanan itu haram atau dilarang Islam. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, yang mati tercekik, mati dipukul, mati jatuh, mati ditanduk, yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih dan yang disembelih atas nama berhala serta (diharamkan) kamu menilik nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik." (al-Maaidah: 3)

Bab halal dan haram telah diperjelaskan dengan begitu nyata dalam Al-Quran. Setiap sumber makanan, sumber pendapatan, bahan keperluan harian, cara penyediaan makanan dan sebagainya, wajib halal. Dalam Islam tidak ada istilah 'Separa Halal', 'Separuh Halal' atau 'Gred Halal dengan 3 Bintang' atau sebagainya. Setiap bahan dan sumbernya perlulah 100% halal malah suci dan baik dan tidak menimbulkan rasa was-was atau keraguan mengenai status halalnya.

Ini kerana setiap sumber yang haram akan menjadi darah daging dan akan menjejaskan amalan, doa dan personaliti dalaman dan luaran seseorang.Justeru, umat Islam juga perlu prihatin kepada aspek penyediaan makanan agar makanan tersebut dapat dipastikan halal sedari proses awalnya merangkumi penternakannya atau penanamannya, penyembelihan dan penyediaannya hinggalah ia dijamah ke mulut sebagai halalan tayyiba sepenuhnya.

Makanan halal akan menjadi darah dan masuk ke hati kita. Hati yang bersih mudah dididik dan beramal soleh. Jagalah makan kita, janganlah makan dikedai orang yang tidak solat, 

Info menyatakan bahawa Nabi Musa diberitahu bahawa air hujan yang jatuh menitis dari bumbung rumah orang tidak solat adalah lebih hina daripada air kencing anjing hitam, bayangkan kalau orang ini menyediakan makanan dari air basuhan tangannya, dan bagaimana pula kalau MEREKA ITU orang  YANG belum  MEMELUK ISLAM
 Fikir2 dan praktikkan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


PETIKAN 8:

Wajarkah mengambil makanan tambahan?


RAMAI orang bertanya, “adakah vitamin atau makanan tambahan (supplement) berkesan?” atau “bila ianya diperlukan?”. Lebih parah lagi, ada yang bertanya “adakah ia berbaloi untuk dibeli?”.Kenapa ?? ?
Semua persoalan itu mungkin dapat dijawab jika adanya kesedaran mengenai pentingnya penjagaan kesihatan tubuh badan dari awal.

Apatah lagi, tabiat pemakanan kita yang terdedah dengan lemak, manisan dan bahan toksik beracun, menyebabkan pengambilan makanan tambahan sangat penting.

Jika di Amerika Syarikat satu daripada tiga rakyatnya atau 100 juta masyarakat negara berkenaan mengambil makanan tambahan setiap hari dan membelanjakan sekitar AS$6.5 bilion (RM24.7 bilion) setahun untuk tujuan berkenaan, bagaimana pula di negara kita?

Pakar Perunding Kesihatan, Zulkifli Ahamad berkata, jumlahnya amatlah sedikit dan kesedaran masyarakat kita masih lagi rapuh iaitu 50-50.

Tidak dinafikan, memang ada golongan muda, sama ada bekerjaya ataupun masih bersekolah, yang mengamalkan pengambilan makanan tambahan sebagai rutin kehidupan seharian.

Sama ada diambil dari rumah sebaik selepas bersarapan pagi atau sebelum masuk tidur. Ada juga mengambilnya untuk membentuk otot dan lebih ramai sebagai tujuan kecergasan tubuh badan,untuk membantu meningkatkan sistem imunisasi dan mencergaskan diri

Hakikatnya, kesesuaian sesuatu produk bergantung kepada keperluan badan. Namun, kata Zulkifli, pengambilan makanan tambahan daripada sumber semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan, lebah, hasil tenusu dan herba adalah digalakkan bagi mengelakkan terjadinya kesan sampingan.

Bagaimanapun, katanya, tidak ada guna pengambilan makanan tambahan atau vitamin yang teratur, jika tidak minum air secukupnya (lapan gelas sehari) atau terlebih kandungan kafein dan gula di dalam badan.

Faktor berkenaan akan menyebabkan makanan tambahan yang diambil kurang memberi kesan positif.

Apapun, satu peringatan penting! Apa juga makanan tambahan yang anda ambil, pastikan terpapar lambang Kementerian Kesihatan Malaysia, bagi memastikan bahan itu teruji dan  selamat berada di dalam tubuh badan.

Amalkan dari zaman kanak-kanak

SARANAN kerajaan mencegah lebih baik daripada mengubati seharusnya dipandang serius oleh segenap masyarakat di negara ini betapa penjagaan kesihatan dari awal amat penting berbanding merawat.

Zulkifli berkata, tidak seperti masyarakat Jepun yang majoriti masyarakatnya mampu hidup sehingga 100 tahun kerana pengambilan makanan sihat dan juga makanan tambahan di usia muda, masyarakat di negara ini kurang mempunyai kesedaran dalam aspek pemakanan yang hakikatnya terdedah dengan bahan beracun atau toksik tanpa disedari.
“Ramai orang kita ingat, kehidupan mereka sudah cukup bagus, lebih-lebih lagi bila tiada tanda-tanda sakit di usia muda.

“Mereka juga lebih suka mengambil ubatan berasaskan dadah seperti yang mengandungi parasitomol yang sekadar menghilangkan kesakitan buat seketika.

“Ramai juga tidak tahu bahawa dalam satu hidangan nasi yang mengandungi ayam dan sayuran, sebenarnya terdedah dengan bahan toksik.

“Sebab itulah, pengambilan makanan tambahan berasaskan sumber semula jadi yang diperkaya dengan vitamin di dalamnya akan membantu menyeimbangkan kesihatan badan, Benarkah ??” katanya kepada i-Kon.

Dia berkata, ada kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun yang mengalami penyakit kencing manis atau masalah obesiti dan kerana itu, pengambilan makanan tambahan digalakkan selewat-lewatnya pada usia 18 tahun dan seawal usia setahun.

“Ini perlu kerana sekarang ini pada usia 24 tahun pun ada yang menghidapi serangan jantung. Jadi adalah lebih baik diamalkan pengambilan makanan tambahan dari kecil lagi,” katanya.


INGAT!!! Maklumkan kepada pakar kesihatan:

1. Jika mempunyai alahan atau reaksi luar biasa terhadap sebarang ubat-ubatan, makanan dan apa juga makanan tambahan atau bahan pewarna.

2. Jika mengalami masalah pemakanan tertentu seperti kurang kandungan garam dan gula. Kebanyakan bahan ubatan mengandungi bahan aktif dan  cecair perubatan.

3. Jika mengalami lebih daripada satu masalah kesihatan akibat pengambilan makanan tambahan.

4. Jika mengalami kesusahan mengingati sesuatu dan membaca label.


FAKTA: Siapa yang patut mengambil vitamin/makanan tambahan.

.• Dewasa

Golongan dewasa jarang mengambil makanan seimbang dalam pemakanan mereka. Malah pada lingkungan usia ini juga mereka akan kehilangan vitamin dan mineral penting dalam badan.

Bagi individu yang kurang terdedah dengan cahaya matahari, mereka selalunya kekurangan Vitamin D .Vitamin B penting kerana mereka ini sentiasa stress dan memerlukan Vitamin E yang terlalu tinggi untuk mengatasi masaalah saraf,

Kandungan dos Vitamin A berlebihan mungkin tidak merbahaya bagi golongan awal dewasa, tetapi menjadi bahan toksik kepada golongan akhir dewasa..



• Perokok

Merokok boleh menyebabkan kehilangan beberapa vitamin penting, terutama Vitamin C. Berpandukan kajian, 25 peratus perokok wanita dan 31 peratus perokok lelaki kekurangan Vitamin C.

Pengambilan asid folik sebagai makanan tambahan sangat digalakkan, bagaimanapun pengambilan dos vitamin antioksida yang terlalu banyak akan membawa bahaya.

Daripada mengambil makanan tambahan, kebanyakan perokok digalakkan mengambil buah-buahan segar, sayuran dan bijiran dalam diet masing-masing..



• Peminum alkohol

Golongan ini selalunya menghadapi masalah kekurangan kepelbagaian vitamin dalam badan. Paling bahaya apabila kekurangan Vitamin B1 (thiamin), asid folik, Vitamin B6, B2 dan Vitamin C..



• Pengamal diet dan vegetarian

Individu dalam program pengurangan berat badan 1,000 kalori sehari, digalakkan mengambil multivitamin dan membuat pemeriksaan paakar kesihatan secara kerap.

Manakala bagi vegetarian, pengambilan makanan tambahan yang mengandungi roboflavin, Vitamin B12 dan Vitamin D, sangat diperlukan.

Mereka yang tidak mengambil bahan tenusu atau telur dan juga daging, mempunyai kebarangkalian mengalami kekurangan Vitamin A. Namun bagi yang mengambil daging, telur dan hasil tenusu, tahap kandungan zat besi perlu diambil berat..



• Wanita mengandung dan menyusu

Vitamin B sangat perlu bagi menambah kandungan vitamin sedia ada..


• Bayi dan kanak-kanak

Bayi yang mengambil susu ibu sihat selalunya memiliki vitamin secukupnya, kecuali beberapa kejadian kurangnya Vitamin K dan D. Ini kerana susu badan kurang mengandungi Vitamin K. Oleh kerana itu, bayi yang baru lahir sering disuntik dengan vitamin.

AMARAN!!!

Pengambilan Vitamin D secara berlebihan meningkatkan kadar toksik berbahaya dalam badan. Oleh kerana itu, tiada siapa digalakkan mengambil vitamin D dalam kehidupan seharian, melainkan atas nasihat doktor atau pakar kesihatan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CATATAN: 
JIKA TUAN / PUAN ada sebarang pandangan / komen (sebagai penambahbaikan) 
sila emailkan kepada: salasilahwannuh@gmail.com