WAN ABDUL RAHMAN

Nota: akibat dari perselisihan keluarga, (7) Wan Abdul Rahman b Wan Nuh telah merajuk dan dikatakan membawa diri ke negeri Pahang. Pada satu ketika dalam masa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu telah datang seseorang dari negeri Pahang ke Kampong Surau, Pekan mengaku sebagai waris kepada Wan Abdul Rahman b Wan Nuh kerana mencari waris yang berhak ke atas baki harta pesaka peninggalan Wan Abdul Rahman yang dilapurkan telah meninggal dunia dengan meninggalkan waris anak perempuan sahaja. Wan Adam sebagai sumber rujukan dalam hal ehwal agama bagi keluarga Wan Nuh pada masa itu telah menggambil keputusan bahawa tidak akan , mengaku berhak keatas baki harta pesaka tersebut kerana sangsi adakah benar yang meninggal itu adalah bapa saudaranya yang bernama Wan Abdul Rahman atau mungkin orang lain. Pendirian Wan Adam telah diikuti oleh keluarga Wan Nuh yang lain dan baki harta pesaka Wan Abdul Rahman telah diserahkan kembali kepada pihak baitulmal negeri Pahang. (sebagaimana yang diceritakan oleh Wan Zabedah binti Wan Abdul Samad bin Wan Nuh isteri kepada allahyarham Wan Adam bin Wan Abdullah bin Wan Nuh.).

Sebelum menghilangkan diri Wan Abdul Rahman pernah berkahwin dapat 1 org anak : Wan Yusuf berkahwin dengan Wan Zahrah dapat Wan Abdul Rahman (Langgar), Wan Muhammad Nur dan Wan Yatimah.

Selain dari itu, terdapat satu lagi versi kisah Wan Abdul Rahman Wan Nuh seperti yang disampaikan oleh Wan Mohd Hazim Wan Abdullah seperti berikut:

“Tentang kisah Wan Abdul Rahman bin Wan Nuh yang menghilangkan diri ke Pahang kisah asalnya diceritakan oleh Wan Zabedah, ceritanya begini...Wan Abdul Rahman merajuk kerana pada satu ketika dia berlumba kuda dengan seorang kerabat raja dan dia menang dalam perlumbaan itu. Untuk menutup aib kerabat raja, bapa Wan Abdul Rahman telah membuat satu helah menyebabkan Wan Abdul Rahman mendapat malu.Wan Abdul Rahman dikatakan seorang yang garang telah naik angin dan membawa diri ke Pahang. Nak dijadikan cerita dalam masa pemerintahan Jepun, Wan Abdul Rahman telah meninggal dunia dengan hanya meninggalkan seorang anak perempuan tunggal. Seseorang dari Pahang telah datang ke Kg. Surau, Pekan untuk mencari waris Wan Abdul Rahman yang berhak keatas baki harta pesaka Wan Abdul Rahman.Dengan sangkaan bahawa bapanya Wan Abdul Samad adalah waris yang terhak keatas baki pesaka Wan Abdul Rahman, Wan Zabedah telah memujuk orang-orang tertentu supaya pergi ke Malis Agama Islam Pahang menuntut harta pesaka Wan Abdul Rahman yang baki itu.Dikatakan Wan Abdul Rahman pergi ke Pahang dengan menaiki keretapi, dan sesampainya di satu stesen di Pahang, dia menghilangkan diri, puas orang mencari tak jumpa. Satu lagi cerita ialah Wan Abdul Rahman dikatakan merajuk ke Kuala Kangsar, Perak bukannya ke Pahang. Di Perak Wan Abdul Rahman telah berkahwin dan mendapat zuriat lelaki dan perempuan. Anak-anak perempuan Wan Abdul Rahman dikatakan cantik-cantik belaka dan berkahwin dengan anak-anak orang yang ada pangkat. Dikatakan Mufti Perak (Kiyai Ashaari) dan Megat Joned (bekas Menteri Dalam Negeri) ada kaitan dengan Wan Abdul Rahman dan dikatakan sehingga kini anak-anak Wan Abdul Rahman (Langgar) masih berhubung dengan saudara di Perak itu.Dikatakan juga surat yang dibawa oleh orang Pahang yang berkaitan dengan pesaka Wan Abdul Rahman ada disimpan oleh allahyarham Wan Idris bin Wan Taib bin Wan Abdullah dari Kg. Baru, Pekan.Oleh itu timbul persoalan apa sebenarnya yang berlaku?.”

CATATAN:

KEPADA KELUARGA SEKARANG / TERBAHARU SEBAGAI WAKIL KETURUNAN SEBELAH GEMULAH INI  diharap dapat kemaskini dan sila rujuk orang tua sendiri dan hantar sebarang info dan foto-foto kepada:
salasilahwannuh@gmail.com
Insya Allah akan dikemaskini untuk rujukan kepada keluarga kita juga

"......berkenalan dan mempereratkan silaturahim tuntutan agama......"