PERTUBUHAN KEBAJIKAN WARISAN FALAHIAH TOK WAN ALI

 PERTUBUHAN KEBAJIKAN WARISAN FALAHIAH TOK WAN ALI

No.Pendaftaran (PPM-033-03-20112023)


Jawatankuasa Sesi 2024


Penasihat : Yb Dato’ Haji Nik Abdul Kadir bin Haji Nik Mohamad

Pengerusi : Haji W Md Sabri Bin Hj W Md Nor

Timbalan Pengerusi : Haji Wan Mohamad Khalid Bin Wan Mohamed Nor

Setiausaha : Cik Noorhusna Binti Mohd Shafuan

Timbalan Setiausaha : Haji Wan Mohd Akbal Bin Wan Abdullah

Bendahari : Cik Wan Nor Nadhirah Binti W Md Sabri

Ahli Jawatankuasa : 

1.Haji Wan Alias Bin Wan Daud

2.Hajjah Aidah @ Wan Huriah Binti Haji Abdullah

3.Puan Wan Nor Zakiah Binti Wan Zakaria


Nama tabung 


  1. Tabung keceriaan Kubor Kg Surau

  2. Tabung kebajikan pesakit telantar

  3. Tabung pembangunan Pasti Falahiah


Pengenalan


Pengasas Wakaf Falahiah ialah Wan Sulaiman Bin Wan Abdullah. Beliau merupakan anak saudara Tok Wan Ali Nakhoda Al-Haj serta menantu kepada Wan Minah Binti Wan Abu Bakar (isteri Tok Wan Ali).


Aset pertama Wakaf Falahiah telah dibeli menggunakan hasil sumbangan wang sedekah ziarah melawat jenazah Wan Minah yang telah meninggal pada tahun 1940. Kemudian, beliau mewakafkan harta ini untuk kegunaan Madrasah Al-Falahiah dan Sekolah Agama Dinniah (Pasti Al-Falahiah) yang bertempat di Mukim Pasir Pekan.


Aset kedua pula diperolehi dari wang lebihan sumbangan orang ramai bagi pembinaan Madrasah Al-Falahiah yang kini merupakan Maahad Muhammadi Pasir Pekan.

Sehingga hari ini,hasil pendapatan daripada kedua-dua aset tersebut terus disalurkan secara tetap kepada beberapa institusi. Antaranya ialah Pasti Al-Falahiah, Darul Quran Wal Hadith dan Madrasah Dalam Kota serta Kubur Besar Pasir Pekan. Kadangkala, sumbangan turut diberikan kepada kepada Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan, Masjid Mukim Pasir Pekan, SMU Meheliah Geting dan para asnaf.


Secara umumnya pertubuhan ini telah wujud semenjak 1950-an. Atas inisiatif Jawatankuasa Wakaf Falahiah pada ketika itu, kini pertubuhan ini telah didaftarkan secara rasmi dengan ROS pada 20hb November 2023 dengan nama “Pertubuhan Kebajikan Warisan Falahiah Tok Wan Ali”.

Semoga dengan ketokohan dan pengalaman luas Tok Wan Ali (Wan Ali Nakhoda Al-Haj) dapat memberi semangat kepada generasi seterusnya untuk terus berjuang mengekalkan legasi Tok Wan Ali.


Matlamat 


  1. Sebagai pemegang amanah dalam menguruskan legasi peninggalan wakaf daripada Tok Wan Ali Nakhoda Kg Surau Pasir Pekan

  2. Mengumpul, mentadbir dan mempastikan pengurusan sumbangan jariah teratur, sistematik dan kompeten 

  3. Merancang, membangun dan mengembangkan nilai hartanah wakaf 

  4. Menjalankan aktiviti kebajikan dan amal jariah, termasuk memberi pertolongan, bantuan, agihan sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutamanya kepada institusi pendidikan

  5. sila klik di sini untuk tayangan video>>> Wakaf Falahiah keluarga wan nuh<<<





Email : warisanfalahiahtokwanali@gmail.com


No Akaun Pertubuhan


Sumbangan infaq boleh disalurkan ke dalam akaun bank berikut :


No Akaun : 03-1480-1002-8455 (Bank Islam)

Pertubuhan Kebajikan Warisan Falahiah Tok Wan Ali



*dikemaskini pada 5 April 2024